Pandu Uji

Satria Neo R3 Kini Kembali

Proton memperkenalkan semula model ikoniknya dengan sentuhan aksesori R3

Jika berbicara tentang Proton, label R3 bagi jenama itu tentunya tidak lagi memerlukan pengenalan panjang. Ada yang menganggapnya sebagai satu imej gaya hidup. Ada juga melihatnya sebagai nama yang sinonim dengan cabang sukan pemotoran Proton.

Model Neo juga sudah dijelmakan dalam pelbagai versi yang mengujakan. Paling diingati tentu saja imej-imej heroik jentera Neo S2000 yang kini sudah banyak meraih gelaran di arena rali antarabangsa.

Semua ini lebih manis apabila sentuhan pada jentera lumba sebegitu turut ditawarkan untuk pemilik dan pemandu di jalan raya. Didorong oleh permintaan berterusan, Proton kini memperkenalkan versi terbaru Neo R3 yang meneruskan legasi kereta dengan imej sporty untuk pasaran tempatan.

Walaupun masih menggunakan khidmat enjin Campro CPS dengan output yang sama seperti terdahulu, versi terkini Neo R3 didatangkan bersama kit badan eksklusif dan aksesori terbaharu. Tujuannya, meningkatkan keterampilan model berkenaan. (Rujuk gambar untuk maklumat lanjut)

“Neo ialah sebuah model unik dan ikonik bagi Proton. Pelbagai pencapaian sudah diraih di arena sukan pemotoran. Maka, model R3 yang diperkenalkan kini mewarisi setiap aspek kejuaraan yang diinginkan dari perlumbaan. Kini, keseronokan itu dibawakan pula untuk pemanduan di jalan raya,” ujar Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Sri Mohd Khamil Jamil.

Neo R3 ditawarkan dalam dua varian, Executive Line AT dan Executive Line MT pada harga RM64,250 dan RM61,250 seunit. Tempahan boleh dibuat dengan bayaran serendah RM300 sahaja.

Pertanyaan lanjut berkenaan model ini, hubungi talian Proton We-Care di 1-300-880-888.

Senarai kejuaraan Satria Neo:

2008 – Perlumbaan Endurans Merdeka Millenium – Juara Kelas  (Proton R3 Satria Neo Race Car 1600cc)

2011 – Juara Rali FIA Asia Pacific – Juara Keseluruhan (Proton Satria Neo S2000)

2011 – Juara Rali FIA Asia Pacific – Kategori 2WD (Proton Satria Neo Group & Rally Car 1600cc)

2011 – Malaysian Super Series – Juara Kelas (Proton R3 Satria Neo Race Car 1600cc)

2012 – Malaysian Super Series – Juara Kelas (Proton R3 Satria Neo Race Car 1600cc)

2012 – Juara Rali FIA Asia Pacific – Kategori 2WD  (Proton Satria Neo Group & Rally Car 1600cc)

2012 – Rali Piala Ratu Thailand – Juara (Proton Satria Neo S2000)

2012 – Rali Sweden – Kejuaran Rali Dunia Super 2000 (Proton Satria Neo S2000)

2012 – Rali Finland – Kejuaran Rali Dunia Super 2000 (Proton Satria Neo S2000)

2012 – Rali Longyou, China – Kejuaraan Rali FIA Asia Pacific (Proton Satria Neo S2000)

2012 – Rali Malaysia – Kejuaraan FIA Asia Pacific (Proton Satria Neo S2000)

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]


[hr]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button