
Promosi tahun baru Mitsubishi
Dapat iPad jika beli Triton, Lancer GT, Lancer Sportsback atau Pajero Sport
Bermula hari ini hingga 28 Februari nanti, Mitsibishi Motors Malaysia (MMM) akan memberikan tawaran istimewa untuk pelanggannya sempena tahun baru 2013.
Pelanggan yang menempah atau mendaftarkan mana-mana model Triton, Lancer GT, Lancer Sportsback atau Pajero Sport layak untuk menerima iPad dengan paparan Retina, selain boleh menyertai program penyelenggaraan percuma selama 2 tahun atau rebat tunai (tertakluk kepada terma dan syarat).
Selain daripada iPad percuma, pelanggan yang menempah mana-mana varian Pajero Sport iaitu Pajero Sport VGT dan Pajero Sport GL juga berpeluang untuk menerima pakej aksesori percuma khusus, termasuk cermin sisi dengan lampu isyarat membelok LED.
Bagi mereka yang menempah model ASX pula, aksesori tambahan bernilai RM4,500 percuma menanti anda. Antara perician tambahan bagi pakej ini ialah pemegang pintu krom, plat pada bampar belakang serta pelapik bawah khas pada bahagian bawah hadapan.kenderaan.
Program penyelenggaran percuma Mitsubishi yang ditawarkan adalah termasuk kos alat ganti dan buruh. Antara alat ganti yang dimaksudkan ialah minyak enjin, penapis minyak, penapis udara, minyak brek, cecair coolant dan minyak kotak gear (berdasarkan servis berjadual yang dicadangkan).
Tidak cukup? Pelanggan yang memandu uji mana-mana kendearan Mitsubishi menjelang perayaan Tahun Baru Cina akan menerima paket angpow eksklusif.
Pakej promosi ini juga terbuka kepada pemilik kenderaan Mitsubishi sedia ada. Untuk tempoh terhad, setiap RM300 yang dibelanjakan untuk alat ganti akan menerima e-baucar bernilai RM50dan sekaki payung Mitsubishi, bermula 10 hingga 28 Februari nanti.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my
[hr]

