
NAK JUAL 37 LAND ROVER KLASIK PADA HARGA RM2.1 JUTA
Seorang penjual di eBay telah menyenaraikan koleksi dan alat ganti Land Rover pada harga AS$500,000 (RM2.1 juta).
Apa yang menarik, penjual itu ingin menjual sebanyak 37 unit jentera jenama berkenaan untuk para peminat Range Rover klasik.
Antaranya merupakan Range Rover tahun 1995, Discovery 2, Discovery 1, Defender 90, Defender 130, Defender 110 dan banyak lagi.

Selain itu, jualan termasuk dua kontena, drivetrain LS/coyote, badan puma LHD 130, kasis serba baharu serta pelbagai alat ganti lain.
Kesemua alat ganti dan jentera terletak di kawasan persendirian di Orlando, Florida. Amerika Syarikat (AS).
Pemilik bersedia memudahkan tontonan kepada para pembeli dan menyimpan beberapa kenderaan dalam simpanan selepas jualan dilakukan.

Bahkan, dia sanggup memecahkan lot tetapi tidak berminat meleraikan kenderaan untuk dijual secara berasingan.
Sehingga 17 Februari lalu, dia telah menjual model Discovery 1. – carbuzz
- BACA: TUNER JEPUN DAMD TUKAR ‘MUKA’ SUZUKI EVERY JADI LAND ROVER DEFENDER
- BACA: LAND ROVER DEFENDER 110 MENDARAT DI MALAYSIA. 2 VARIAN, HARGA BERMULA RM798K
- BACA: LAND ROVER DEFENDER 110 2021 LANCAR 21 OKT INI. 2 PILIHAN ENJIN. BANYAK CIRI BAHARU
- BACA: SANGGUP BAYAR NAK LAND ROVER DEFENDER 2021 BERKARAT





