Buletin

LAND ROVER DEFENDER 110 2021 LANCAR 21 OKT INI. 2 PILIHAN ENJIN. BANYAK CIRI BAHARU

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) akan melancarkan SUV Defender 110 pada 21 Oktober 2021, jam 11 pagi. Justeru, rakyat Malaysia dijemput untuk menyaksikan pelancaran digitalnya di laman Facebook Land Rover Malaysia: https://www.facebook.com/landrovermalaysia 

Jentera 4×4 itu telah menerima rekaan dan kejuruteraan baharu sepenuhnya. Ia menggabungkan keupayaan terbaik di laluan off-road dengan pelbagai teknologi terkini untuk pemanduan setiap hari di bandar. 

Defender 110 ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter yang mampu menghasilkan 300 PS dan tork 400Nm. Pelanggan juga boleh memilih enjin mild hybrid (MHEV) bersesaran 3.0 liter berkuasa 400 PS dan tork 550Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. 

Defender generasi baharu ini dibina di atas kerangka monokok aluminium D7x yang nyata lebih ringan dan tegar. Ia kemudian disempurnakan dengan sistem pacuan semua roda serta kemampuan menunda beban sehingga 3,500kg.

Antara ciri baharu yang dipasang pada semula termasuklah kamera keliling 3D dengan pandangan dari atas 360 darjah untuk memudahkan perjalanan. Ciri ClearSight Ground View pula memberi keyakinan kepada pemandu ketika mengharung apa jua laluan yang sukar. 

Tidak ketinggalan, Adaptive Dynamics with Electronic Air Suspension, keupayaan mengharung air setinggi 900mm dan sistem infohibur Pivi Pro yang disokong oleh sistem bunyi Meridian. 

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran Jaguar Land Rover. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.landrover.com.my 

Setiap kenderaan Land Rover hadir bersama program Land Rover Care yang merangkumi jaminan, servis percuma selama lima tahun dan bantuan tepi jalan untuk tiga tahun. 

GALERI

Google ads
Back to top button