Buletin

PENUNTUT KOLEJ AUTOMOTIF SAITAMA SUMBAT ENJIN KAWASAKI NINJA ZX-14R DALAM TOYOTA IQ

Sekumpulan penuntut Institut Teknologi  Automotif Saitama, Jepun menyumbat enjin Kawasaki Ninja ZX-14R dalam Toyota iQ sebagai salah satu projek meraih kredit di dalam kelas.

Siapa sangka, projek untuk meraih kredit itu yang diberi nama “Yaris Jr”  meraih hadiah utama dalam Super GT Plus TV Tokyo.

Bahkan, projek ‘kecil’ berkenaan turut membuat penampilan pada Tokyo Auto Salon 2022 pada Januari lalu.

Para penuntut berkenaan telah menjadikan Toyota iQ kelihatan seperti model terkenal Yaris tetapi dalam saiz lebih kecil.

Toyota iQ yang didatangkan dengan pacuan roda depan turut diubah menjadi pacuan roda belakang.

Istimewanya, Yaris Jr, ia mendapat khidmat enjin 1,440 cc empat silinder yang digunakan Kawqasaki Ninja ZX-14R.

Ia mampu menjana kuasa mencecah 197 hp dan tork 113.

Tidak banyak perincian yang didedahkan tetapi usaha para penuntut berkenaan membuahkan hasil sehingga mendapat pengiktirafan. – rideapart

Google ads
Back to top button