Buletin

LAND ROVER DEFENDER URBAN WIDETRACK HERITAGE SERIES SOFT-TOP – POTONG BUMBUNG, BADAN LEBAR!

Land Rover Defender Urban Widetrack Heritage Series Soft-Top adalah kereta berhud (convertible) pertama dari Urban Automotive.

Dibina berasaskan Land Rover Defender 90, model ini merupakan salah satu daripada tiga model baharu yang diperkenalkan di Goodwood Festival of Speed.

Model ini bermula dengan penukaran soft-top edisi terhad Valiance oleh pakar dari Belanda, Heritage Customs.

Urban kemudiannya menjadikan Defender ini lebih eksklusif dengan pakej penggayaan luaran Widetrack.

Bahagian dalaman pula tampil mewah dengan balutan kulit Hermes Orange. Kerusi depan dari Recaro dan lapisan papan pemuka Siri Heritage dibuat khas.

Dengan bumbung boleh lipat secara separa elektrik dan kemampuan off-road Land Rover yang terbukti, Defender soft-top unik dan menarik ini sesuai untuk kegunaan santai di pantai mahupun pemanduan harian di bandar.

Pakej Widetrack Urban

  • Arca roda lebar
  • Bonet berventilasi gaya XRS (Extreme Road Series) dengan liang udara gentian karbon
  • Canard hadapan bawah dan DRL segi empat.
  • Perumah cermin sisi gentian karbon dengan riasan pada lubang udara sisi Best of British.
  • Rim aloi hitam tuang Urban WX-2 R 23-inci dengan tayar Yokohama Advan Sport

Potong Bumbung!

Semua komponen gentian karbon buatan khas ini direka dan dihasilkan dengan mutu tertinggi oleh pasukan mahir Urban sendiri di United Kingdom (UK).

Urban sangat berpegang pada prinsip reka bentuk OEM+. Ini memastikan setiap pengubahsuaian yang dilakukan mencapai kemasan setaraf kilang asal untuk memberikan mutu, gaya dan ketahanan.

Heritage Customs merupakan syarikat perintis yang berjaya menukar Land Rover Defender menjadi soft-top.

Proses ini memerlukan berjam-jam kerja keras daripada kaki tangan yang berpengalaman, bermula dari memotong kereta asal sehinggalah memperkuatkan badan dengan rangka keselamatan tempahan khas.

Urban Miliki Heritage Customs!

Kerjasama di antara Urban dan Heritage Customs untuk menghasilkan Land Rover Defender soft-top yang unik ini bukan sahaja berjaya, malah membuahkan hasil yang lebih besar.

Berikutan kejayaan ini, Urban Automotive telah mengambil langkah strategik dengan memilki Heritage Customs.

Dengan pemilikan ini, Urban akan memperkenalkan rangkaian produk Heritage.

Produk dan khidmat merangkumi aksesori, alat ganti, dan penyesuaian dalaman, kesemuanya akan disepadukan di bawah bahagian kenderaan tempahan khas Urban.

Kedua-dua Urban dan Heritage Customs mempunyai asas yang sama iaitu diasaskan oleh individu dengan minat mendalam terhadap penyesuaian kenderaan premium.

Heritage Customs terkenal dengan rekaan dan penghasilan perkakasan serta aksesori tempahan khas bermutu tinggi, dengan Land Rover Defender sentiasa menjadi tunjang kejayaan mereka.

Heritage juga mempunyai kepakaran dalam merekabentuk dan membina kenderaan yang dibuat khas seperti Land Rover Defender Valiance soft-top dan pikap.

Pakej Land Rover Defender Urban Widetrack Heritage Series Soft-Top

Penukaran bumbung soft-top boleh dilakukan pada model Defender 90 baharu atau sedia ada.

Perkhidmatan tempahan khas Urban pula membolehkan pelanggan menempah warna dan kemasan mengikut pilihan masing-masing.

Bahagian Luar

  • Penukaran soft-top Heritage Customs Valiance
  • Arca roda lebar
  • Bonet berventilasi gaya XRS (Extreme Road Series) dengan liang udara gentian karbon
  • Liang udara sisi Best of British dengan riasan gentian karbon
  • Penutup cermin gentian karbon yang jelas kelihatan
  • Canard hadapan bawah
  • DRL segi empat hadapan bawah
  • Pakej penjenamaann Urban
  • Rim aloi hitam tuang Urban WX-2 R 23-inci

Bahagian Dalam

  • Balutan dalaman penuh dengan kulit Hermes Orange
  • Kerusi hadapan Recaro
  • Lapisan papan pemuka Siri Heritage buatan khas

Google ads
Back to top button