Buletin

SANGGUP BAYAR NAK LAND ROVER DEFENDER 2021 BERKARAT

Land Rover Defender generasi baharu tidak boleh berkarat disebabkan ia dperbuat daripada aluminium.

Begitupun, jika ada yang berminat untuk mendapat sentuhan karat pada kenderaan mereka boleh mencari Niels van Rij Design.

Syarikat dari Belgium itu telah melaksanakan beberapa projek menarik sepanjang beberapa tahun lalu.

Antara kenderaan yang mendapat sentuhan syarikat tersebut ialah Rolls-Royce Wraith, Tesla Model S dan Hommage.

Menurut syarikat terbabit, mereka boleh memadakan lapisan nipis aluminium, titanium, gangsa, tembaga, zink ataupun emas pada pelbagai jenis logam di bahagian luaran dan dalaman kenderaan.

Bahkan, kualiti sentuhan yang dilakukan akan bertahan selama 20 tahun.

“Bahagian-bahagian ini akan dioksidakan melalui proses dipercepatkan setelah logam dicat.

“Para pelanggan juga dapat memilih sama ada ingin memberus atau polish pada bahagian logam.

“Ia dapat membendung daripada berkarat dan membiarkan proses pengakisan secara semula jadi,” kata pereka dan pengasas bersama  Niels van Rij Design.

Dia menambah, proses pengakisan akan diberhentikan pada bila-bila masa mengikut kehendak para pelanggan.

Selain bahagian luaran, jentera Defender tersebut turut mendapat sentuhan kustom pada bahagian tempat duduk, papan pemuka, konsol tengah, stereng dan pintu. -carscoops

Google ads
Back to top button