
BATERI ION SODIUM, LEBIH MURAH & BAKAL GANTIKAN BATERI LITHIUM ION
Manusia telah menemui api sejak zaman berzaman, dan semenjak daripada itu manusia berusaha untuk menukar bentuk tenaga kepada bentuk yang lain dengan cara membakar. Namun dengan pengenalan kepada elektrik, penukaran tenaga daripada elektrik kepada kinetik tidak lagi memerlukan proses pembakaran
Sejak 20 tahun yang lepas, lithium merupakan salah satu bahan yang penting digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik dengan keupayaan menyimpan sehingga 180Wh tenaga elektrik bagi setiap 1kg lithium ion bateri
Dari segi rekaan, bateri ion sodium datang dengan rekaan yang hampir sama seperti ion lithium. Dalam bateri ion sodium, bahan lithium digantikan dengan sodium (Na) di bahagian katod manakala elektrolit lithium pula akan digantikan dengan elektrolit sodium
Selain lebih murah dan mudah didapati, sodium juga tidak beracun kepada manusia dan juga alam sekitar menjadikannya pilihan yang tepat bagi menggantikan lithium ion. Pakar menganggarkan bahawa menjelang tahun 2033, industri bateri ion sodium bopleh mencecah sehingga 11 billion USD
Antara kelebihan bateri ion sodium yang lain termasuklah tidak menggunakan bahan logam mahal lain seperti kobalt, tembaga dan juga grafit. Atas sebab ini, bateri ion sodium adalah 20-30% lebih murah jika dibandingkan dengan ion lithium
Bateri ion sodium juga tidak memerlukan logam kobalt, yang sering dikaitkan dengan isu penindasan manusia sewaktu ia dilombong di negara bergolak seperti Congo. Disebabkan sodium tidak reaktif seperti lithium, ia tidak mudah terbakar dan tidak mudah meletup serta masih lagi stabil sekiranya bekas bateri ini bocor.
Malah sewaktu ujikaji juga, saintis mendapati bateri ion sodium lebih tahan lasak apabila boleh dicaj dan digunakan banyak kali berbanding dengan bateri ion lithium. Ia boleh beroperasi dari suhu -30 darjah Celcius ke 60 darjah Celcius tanpa sebarang masalah
Namun kelemahan bateri ion sodium ini ialah ketumpatan tenaga elektrik yang lebih rendah berbanding dengan bateri ion lithium. Ia hanya mampu menyimpan sekitar 160kWh bagi setiap 1kg bateri, ini bermakna saiz bateri ion sodium adalah lebih besar bagi jumlah tenaga yang sama
Semakin banyak tenaga yang mampu disimpan bermakna semakin jauh jarak perjalanan bagi satu pengecasan yang penuh. Jadi sesetengah pengeluar akan menghasilkan 2 varian bateri seperti BYD Seagull yang ditawarkan dengan bateri ion sodium untuk Standard Range dan ion Lithium bagi Long Range