Artikel Pilihan

VOLVO EX90 AKAN DIPASANG DENGAN 25 PEMBESAR SUARA BOWERS & WILKINS

Volvo EX90 adalah SUV elektrik terbaru yang akan dikeluarkan oleh Volvo nanti, dan disebabkan ia tidak lagi akan menggunakan enjin Volvo bercadang untuk memberikan pengalaman bunyi muzik yang lebih menarik pada bakal pembeli melalui bekerjasama dengan pakar bunyi iaitu Bowers & Wilkins serta Dolby

Sebagai permulaan, sebanyak 25 pembesar suara akan dipasang dan diposisikan di pelbagai lokasi strategik di dalam kabin bagi menjana sehingga 1610 watt. Pembesar suara akan dipasang dalam panel kayu dan dilapisi dengan jeriji keluli tahan karat bagi menjana bunyi akustik berkualiti tinggi

Bowers & Wilkins juga akan menghasilkan sintesis bunyi dengan teknologi Dolby Atmos bagi menjana bunyi dalam bentuk 3 dimensi untuk kualiti bunyi yang lebih dalam dan teliti. Volvo EX90 akan menawarkan 3 mode bunyi samaada studio, pentas ataupun dewan konsert

Studio menawarkan kualiti bunyi sama seperti rakaman studio, Stage atau pentas memberikan bunyi seperti suara penyanyi sedang menyanyi live. Bagi Konsert pula, ia akan memberikan suasana konsert seperti anda berada di Concert Hall di Gothenburg, Sweden.

Pembesarr suara Bowers & Wilkins ini akan dipasang di papan pemuka, panel pintu, syiling, wheel arch tayar belakang dan juga di perehat kepala di kusyen.

Bowers & Wilkins merupakan pembekal pembesar suara bagi kebanyakan kereta buatan Volvo dan merupakan pilihan utama untuk dipasang pada model EX90. EX90 akan menggunanakan bateri sebesar 107kWh yang disokong oleh sistem pengecasan 250kW DC Fast Charging

Bagi varian biasa, ia akan menggunakan motor elektrik yang menjana 408 kuasa kuda dan 770Nm tork. Bagi varian berkuasa tinggi (Performance) pula ia menawarkan kuasa sehingga 510 kuasa kuda dan 910Nm tork

Google ads
Back to top button