Buletin

GRAB SEDIA BELI FOOD PANDA DI ASIA TENGGARA, MONOPOLI PASARAN

Delivery Hero, kelmarin mengesahkan bagi penjualan sebahagian perniagaannya di Asia Tenggara.

Delivery Hero menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan tentang potensi penjualan perniagaan foodpanda dalam pasaran terpilih di Asia Tenggara, merangkumi Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar, dan Laos.

Menurut Wirtschaftswoch, syarikat berpangkalan di Berlin itu kini boleh menjual perniagaannya di bawah jenama foodpanda di Singapura, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, dan Thailand.

Pelabur syarikat penghantar makanan dalam talian tersebut turut menyambut baik laporan itu yang telah meningkatkan sahamnya sebanyak 13.5 peratus.

Delivery Hero menyatakan bahawa rundingan masih dalam peringkat awal dan tertakluk kepada pelbagai perkara terbuka sama ada ini akan membawa kepada perjanjian muktamad.

Tambahnya, membeli pesaing berupaya meningkatkan penguasaannya sambil mengurangkan perbelanjaan pemasaran untuk pemerolehan pelanggan.

Pembelian itu akan membolehkan Grab monopoli dalam penghantaran makanan Asia Tenggara, di mana ia sudah menguasai 50 peratus pasaran (atau lebih) dan hanya dicabar oleh foodpanda.

Sehingga kini, Grab bagaimanapun tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk mengulas. – Vulcan Post

Google ads
Back to top button