Buletin

BMW CONCEPT XM – SUV PANTAS PHEV, RUPA PARAS AGRESIF, VERSI PRODUKSI MUNCUL TAHUN DEPAN

Setelah kemunculan model tunggal M1 pada era penghujung 70-an, BMW M kini tampil dengan sebuah lagi model tunggal M, kali ini dalam bentuk SUV pantas dengan trenkuasa plug-in hybrid – BMW Concept XM.

Menurut BMW, Concept XM merupakan bayangkan kepada SUV berprestasi tinggi yang bakal diperlihatkan pada tahun depan.

Sebagai sebuah model elektrifikasi prestasi tinggi, Concept XM datang dengan sistem hibrid yang terdiri daripada nadi V8 turbo dan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 750 kuasa kuda dan 1,000 Nm.

Tiada sebarang perincian khusus berhubung SUV Concept XM, namun BMW telah mengesahkan XM ini mampu bergerak sejauh 80 km tanpa menggunakan setitik petrol.

Dari segi rupa, Concept XM membawakan bahasa rekaan yang agak agresif untuk sebuah BMW, dimulakan dengan saiz gril yang lebih besar dikelilingi jalur beriluminasi, logo XM serba baharu, unit lampu utama yang slim.

Rekaan sisi SUV ini menampilkan arka roda bersegi dengan pemasangan cladding plastik, sementara garisan bumbung direka rendah, diikuti dengan panel tingkap sisi yang sengaja direka kecil bagi menampakkan perkadaran sebuah SUV off-road yang sporti.

Di bahagian belakang, rekaan pintu tailgate pula agak kecil, diikuti dengan jalur grafik lampu yang agresif, dan susun atur tip ekzos bertindih.

Sementara ruang kabin pula, ia banyak membawakan elemen yang terdapat pada model iX, namun dengan sedikit sentuhan sporti bagi menjadikan kokpit XM lebih berorientasikan pemandu, seperti skrin infotainmen melengkung, sistem iDrive M-spesific, serta kemasan gandingan kulit perang, kuprum dan gentian karbon.

Jika kabin depan direka untuk pengalaman sporti, tempat duduk baris kedua pula menampilkan ‘M Lounge’ dengan kemasan upholsteri velvet jahitan berlian, sementara tempat penyandar dan perehat kepala pula menggunakan bahan kulit.

Headliner atau alas bumbung pula menampilkan struktur ukuran tiga dimensi dengan sistem pencahayaan ambien dalam tiga warna BMW M.

Jadi, adakah BMW Concept XM ini bakal memberikan saingan secara terus kepada model seperti Aston Martin DBX, Lamborghini Urus, atau Porsche Cayenne Turbo GT?

Google ads
Back to top button