HONDA STEPWGN 2022. HIBRID e:HEV, HONDA SENSING, PASARAN JEPUN SAHAJA
Honda baru-baru ini mendedahkan foto minivan STEPWGN yang dijangka melakukan debut pada 7 Januari 2022. Pelancaran itu dijangka sama dengan debut model pesaingnya iaitu Toyota Noah dan Voxy, serta Nissan Serena.
STEPWGN baharu akan menerima rangkaian kuasa hibrid e:HEV Honda yang sangat menjimatkan bahan api. Dari segi reka bentuk, jentera berkenaan menampilkan garis badan lebih ringkas berbanding model terdahulu dengan perkadaran dua kotak, garis tingkap horizontal dan bahagian belakang yang rata.
Bahagian hadpan lampu utama LED dilengkapi lampu isyarat membelok dinamik LED, di samping kemasan satin krom pada gril.
Gambar teaser tersebut turut merangkumi dua keping foto dalaman yang menunjukkan susun atur tiga bais tempat duduk untuk enam orang penumpang. Kerusi baris kedua dipisahkan dan lengkap dengan perehat tangan. Sementara papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh lebih besar untuk sistem infohibur.
Antara varian yang bakal diperkenalkan ialah Air, Spada dan mesra kerusi roda. Pelanggan boleh mengharapkan sistem keselamatan ADAS yang lengkap seperti Honda SENSING.
Generasi pertama STEPWGN dilancarkan pada tahun 1996, jadi tahun depan ialah ulangtahunnya yang ke-25. Generasi kelima sekarang diperkenalkan pada tahun 2015, ia dikuasakan oleh enjin 1.5 VTEC turbo dan menerima penambahbaikan dua tahun kemudian.
Honda turut menawarkan varian lebih sporty dengan bodykit Modulo X. Penyerahan pertama minivan itu dijangka bermula diJepun pada musim bunga tahun depan.
- BACA: SEGALANYA TENTANG HONDA STEPWGN. HARGA TAK MAHAL, REKAAN PUN CUN
- BACA: HONDA STEPWGN 2020, ALTERNATIF KEPADA ODYSSEY
- BACA: HONDA LANCARKAN N-WGN – INSPIRASI DARI MODEL RETRO STEPVAN
- BACA: PADA 2006 HONDA STREAM GEN. 2 DIPERKENAL (MALAYSIA PUN ADA)
GALERI