
TEASER KONSEP TERBAHARU RALLIART. ADAKAH INI MODEL EVOLUTION?
Mitsubishi mendedahkan sebuah gambar acah yang misteri bersempena dengan acara Tokyo Auto Salon 2022 yang akan berlangsung pada 14 Januari akan datang.
Besar kemungkinan ia merupakan model Outlander plug-in hybrid (PHEV) dengan prestasi yang dipertingkatkan, memandangkan sebelum ini terdapat ura-ura berhubung kehadiran model tersebut.
Menurut Mitsubishi, konsep Ralliart yang terbaharu ini membawakan semangat kejuruteraan dan pertukangan Mitsubishi Motors yang digandingkan dengan kehadiran yang kuat, serta elemen premium yang tersendiri.
Gambar teaser itu memperlihatkan rekaan bampar belakang dengan kehadiran diffuser yang agak besar, lampu brek LED tengah ala-ala F1, serta kehadiran lencana Ralliart.
Satu persoalan, adakah Outlander bakal muncul dalam varian Evolution?