Artikel Pilihan

NISSAN 400Z BAKAL GUNA ENJIN V6 VR30DDTT TURBO BERKEMBAR. SUPRA TERANCAM?

Kedudukan kewangan syarikat Nissan belum pulih sepenuhnya. Konflik mereka dengan Carlos Ghosn masih lagi belum selesai. Namun Nissan cuba bangkit dengan pelan pemulihan syarikat dengan memperkenalkan model yang lebih baru, lebih bergaya dan bertenaga

Antara kereta yang yang akan dilancarkan Nissan ialah Nissan 400Z, model kereta sport 2 pintu yang telah zaman berzaman bersaing dengan Toyota Supra. Nissan 370Z yang berada di pasaran sudah terlalu lama berada di pasaran dan Nissan perlukan model 400Z secepat mungkin.

Satu perkara yang dipuji berkenaan Nissan ialah dalam keadaan sukar mereka berjaya menghasilkan kereta sport secara sendirian, dimana Toyota dan BMW bekerjasama dalam menghasilkan Supra/Z4. Model 400Z tidak lagi akan menggunakan enjin 4000cc seperti tradisi sebelum ini, namun ia menggambarkan kuasa yang bakal dihasilkan kelak

Dibangunkan dengan platform FM dan berkongsi banyak komponen dengan Inifiniti Q60 Coupe termasuk enjin, subsidiari Nissan dalam kategori mewah. Enjin VR30DDTT yang digunakan oleh Infiniti Q60 berupaya menjana 400 kuasa kuda pada 6400 RPM dan 475Nm tork antara 1600-5200 RPM.

Jadi nampak tak kesinambungan kuasa enjin dan nama Nissan 400Z? Enjin ini pernah memenangi anugerah Ward 10 Best Engine bagi tahun 2017 dan juga 2018 berturut-turut. Kami senaraikan spefikasi enjin ini secara terperinci:

1. Kepala silinder dan blok enjin ini dihasilkan daripada aluminium untuk mengurangkan berat, cuma ia tak lasak seperti cast iron. Jadi cast iron disembur atau difiuskan terus pada dinding silinder dalam proses yang dinamakan bore mirror coating

2. Bagi mengurangkan lagi berat, rongga kemasukan udara dan bekas takungan minyak pelincir dihasilkan daripada resin.

3. Berbeza dengan enjin B58 yang digunakan oleh Supra, enjin ini disusun secara V6 pada sudut 60 darjah. Kelebihan menggunakan proses bore mirror coating ialah sesaran enjin hampir maksimum, dalam enjin VR30DDTT ini ialah 2997cc.

4. Nisbah mampatan bagi enjin ini ialah 10.3:1, tinggi bagi enjin yang beroperasi dengan turbo. Jadi unit suntikan bahan api terus akan digunakan

5. Unit turbo ialah unit yang diintegrasikan terus dengan manifold ekzos dan wastegate elektronik. Setakat ini kami belum menjumpai diamter turbo yang digunakan, tapi turbo ini akan berputar sehingga 240,000 seminit. Unit turbo berkembar ini akan dipasang dengan optical speed sensor

6. Sistem sejukan bagi unit intercooler adalah dari jenis water to air cooler sebanyak 2 unit dan juga 2 pam air untuk sejukan optimim. Padat juga ruangan enjin nanti

7. Unit kawalan injap akan menggunakan Variable Timing Control (VTF) kawalan elektronik bagi injap kemasukan dan VTC kawalan hidraulik bagi injap ekzos

8. Berat kering enjin ini sekitar 195kg sahaja dan ia beroperasi dengan menggunakan minyak enjin kelikatan 0W-20 yang dikawal dengan pam minyak yang boleh mengawal jumlah aliran minyak enjin.

Enjin ini sebenarnya bukan baru sangat, tapi bagi kami ia memadai bagi Nissan 400Z. Setakat kami hanya mendengar bahawa 400Z akan ditawar dengan pilihan transmisi manual dan juga automatik. Nissan menjanjikan transmisi automatik mereka mampu memecut 0-100km/j dalam masa 3.8 saat.

Ok nanti kita tengok bagaimana prestasi sebenar 400Z ini. Sebagai perbandingan, Toyota Supra 3000cc menghasilkan 382 kuasa kuda dan 499Nm tork berupaya memecut 0-100km/j dalam masa 4 saat.

Google ads
Back to top button