TEMPAHAN HYUNDAI KONA N LINE DAN KONA 1.6 TURB0 KINI DIBUKA. 198PS, HYUNDAI SMARTSENSE
Hyundai Sime-Darby Motor (HSDM) dilapor bakal memperkenalkan model Kona N Line dan Kona dengan enjin 1.6 Turbo tidak lama lagi.
Kona 1.6 Turbo N Line merupakan model N Line pertama di Malaysia. Ia dilengkapi gayaan lebih sporty berbanding model standard. Selain menjadi SUV segmen B paling selamat dengan penarafan tertinggi Euro NCAP.
Jentera berprestasi tinggi itu dipasang dengan sistem keselamatan aktif Hyundai Smartsense dan barisan teknologi bantuan pemanduan.
“Dengan pengenalan Kona N Line, kami yakin Kona dapat menerajui SUV segmen B. Minat pengguna tempatan terhadap jenama N Line memang memberangsangkan, terutama Kona N Line,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung.
Kedua-dua model baharu tersebut dijana oleh enjin turbo empat silinder sebaris Smartstream G1.6 T-GDi yang mampu menghasilkan kuasa 198PS dan tork 265Nm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan generasi kedua.
Dari segi luaran, Kona N Line menyerlah dengan rekaan bampar hadapan dan belakang yang garang. Tidak ketinggalan, kemasan pada arca roda, skirting sisi dan rim. Ruang kabin pula dimonopoli oleh tona hitam, terutama pada tempat duduk yang dbalut oleh kulit dan suede bersama jahitan benang merah.
Logo N boleh dilihat pada gear, stereng dan tempat duduk untuk menjadikan model itu lebih istimewa.
Jika berminat, anda sudah boleh membuat tempahan di pautan INI atau hubungi talian 1-300-13-200 untuk maklumat lanjut.
- BACA: HYUNDAI SANTA CRUZ. BILA TUCSON DISUMPAH JADI PIKAP
- BACA: HYUNDAI PONY: ‘PROTON SAGA’ KOREA KEMBALI DENGAN GAYA MODEN
- BACA: HYUNDAI KONA DIJANA KUASA SISA BUANGAN
- BACA: HYUNDAI ACCENT DIBIKIN JADI MUSTANG 1969
GALERI