
NISSAN BERMINAT UNTUK BANGUNKAN KERETA ELEKTRIK DENGAN APPLE
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Hyundai dan Kia tidak lagi menjadi rakan strategik Apple untuk menghasilkan kereta elektrik berautonomi.
Perkembangan itu sememangnya agak mengejutkan kerana Apple dikatakan bersedia untuk melabur berbilion dolar demi merealisasikan hasratnya itu. Namun, ia sudah berakhir dan semua pihak perlu move-on.
Jadi, Apple perlu berunding dengan pengeluar kenderaan lain.
Nampaknya ramai yang berminat untuk bekerjasama dengan firma teknologi berkenaan. Dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Ekskutif Nissan, Makoto Uchida menyatakan Nissan perlu mengambil beberapa inisiatif baharu dan berkolaborasi dengan syarikat yang pintar.
Walaupun masih terlalu awal untuk mengesahkan kerjasama ini, tarikan Apple dalam memasarkan produk mereka nyata mengagumkan semua orang. Lagi pun Nissan mempunyai pengalaman menghasilkan kereta elektrik sejak sekian lama dengan model LEAF.
Nissan kini sedang sibuk membangunkan barisan kereta elektriknya sendiri. Salah satunya ialah SUV yang berasaskan kepada model konsep IMx.
Apple dikatakan sedang berunding dengan sekurang-kurangnya enam pengeluar kenderaan. Honda, Mazda dan Mitsubishi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
- BACA: PERBINCANGAN SUDAH TAMAT. HYUNDAI TIDAK SUKA DILAYAN SEPERTI PEMBEKAL APPLE
- BACA: LORI BAWA IPHONE, APPLE WATCH BERNILAI RM27 JUTA DIROMPAK DI UK
- BACA: MALAYSIA MASIH DESTINASI PELABURAN DI ASIA. JANGAN BUAT ANDAIAN PEMINDAHAN HQ HYUNDAI KE INDONESIA
- BACA: TWEET ELON MUSK MAMPU GERAKKAN PASARAN. ADA PELABUR MULA BIMBANG







