Buletin

LORI BAWA IPHONE, APPLE WATCH BERNILAI RM27 JUTA DIROMPAK DI UK

Sebuah lori yang membawa pelbagai produk Apple bernilai hampir £5 juta (RM27 juta) telah dirompak di Northamptonshire, United Kingdom.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan ke arah selatan pada lewat petang 10 November lalu. Insiden itu berlaku pada minggu Apple memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, iPhone 12. 

Antara barangan yang dicuri termasuklah iPhone 11, AirPod, Apple Watch dan komputer riba yang diletakkan di atas 48 pallet.

Pemandu dan pengawal keselamatan telah diikat, sebelum perompak memandu lori itu ke Crick, sebuah kampung dalam daerah Daventry, sebelum memindahkan semua barang ke dalam sebuah treler.

Perompak kemudian meninggalkan pemandu lori dan pengawal keselamatan dan meneruskan perjalanan.

Treler terbabit dijumpai di Lutterworth, Leicestershire, di mana produk Apple berkenaan dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.

Polis Northamptonshire meminta kerjasama orang ramai yang ditawarkan barangan Apple dengan harga murah, agar tampil menghubungi mereka.

Google ads
Back to top button