Buletin

TWEET ELON MUSK MAMPU GERAKKAN PASARAN. ADA PELABUR MULA BIMBANG

Nilai matawang kripto Bitcoin melonjak lebih 20 peratus kepada AS$38,566 (RM155,903) apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menukar bio Twitter peribadinya kepada #bitcoin.

Perkembangan tersebut menimbulkan spekulasi bahawa lelaki paling kaya di dunia itu membeli lebih banyak matawang berkenaan.

Kurang 24 jam sebelum itu, bilionair tersebut menyebabkan saham CD Projekt yang menghasilkan permainan video komputer Cyberpunk 2077 naik lebih 12 peratus. Ini selepas dia menyatakan di Twitter Tesla Model S Plaid kini membolehkan pemandu bermain permainan itu.

Pada Selasa lalu, Musk merancakkan lagi kegilaan terhadap saham GameStop apabila berkongsi tweet “Gamestonk!!” dan pautan bebenang WallStreetBets Reddit. Gamestonk ialah gabungan perkataan GmaeStop dan stonk yang merupakan slang untuk saham.

Tweet ringkas itu membuatkan nilai GameStop meroket kepada lebih AS$40 bilion (RM161 bilion) selepas beberapa jam didagangkan. Namun, keadaan itu boleh menyebabkan ramai orang akan kehilangan wang jika nilai saham tersebut jatuh merudum.

Penganalisis berpendapat keupayaan Musk untuk menggerakkan pasaran sebagai sesuatu ironi yang aneh. Sedangkan dia dilihat tidak sukakan kuasa pasaran yang tidak semula jadi dalam urusan short-selling.

Penyampai podcast VideoWeek, Vincent Flood menyatakan tweet Musk memberikan kesan buruk kepada pelabur runcit. Sedangan dia dan rakan-rakannya akan jadi semakin kaya.

Bekas kakitangan Google yang juga seorang pelabur teknlogi di London, Rich Pleeth bersetuju dengan kenyataan itu dan memberitahu CNBC Musk boleh mengkayakan dirinya dengan satu hantaran tweet sahaja.  

“Dia seorang pencipta, tetapi tidak bermakna dia berada di atas undang-undang,” kata Pleeth.

Namun, Ketua Pembangunan Perniagaan aplikasi pengurusan dalam talian Nutmeg, Max Levy berkata perkara ini selalu berlaku dalam pasaran modal. Dia juga ada menyebut Warren Buffet dan Ray Dalio ialah individu berpengaruh dalam menentukan harga aset.

Suruhanjaya Sekuriti dan Saham Amerika (SEC) enggan memberi komen tentang perkara ini. Musk sebelum ini pernah didenda sebanyak AS$20 juta (RM80 juta)  oleh SEC kerana menulis tweet tentang saham Tesla.

“Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan peraturan secara proaktif dan menjelakan apa yang boleh diterima.

“Realitinya sekarang, pemimpin berkarisma kini mempunyai platform awam dan tidak sekadar di bilik mesuarat sahaja. Jadi, terserah kepada pihak terlibat untuk menanganinya,” kata penulis kanan aplikasi Freetrade, Dan Lane. – CNBC

Google ads
Back to top button