Artikel Pilihan

LUAHAN RASA PENJUAL KERETA YANG TERPAKSA LAYAN BUYER SEMBANG KARI

Manusia ada bermacam-macam jenis perangai. Banyak yang baik dan ramai juga yang perangai dia boleh mengundang carutan tujuh keturunan. 

Baru-baru ini, saya ada terbaca perkongsian status oleh seorang kawan (Yazid) di Facebook. Baca pun boleh menimbulkan makian, apatah lagi seller yang terpaksa melayan kerenah pembeli mangkuk macam tu. 

Moral of the story, jadi lah orang yang memudahkan urusan orang lain. Allah akan mudahkan urusan kita juga nanti. 

Malas lah nak cerita banyak. Korang baca lah sendiri. 

—————————————————————————————————————-

Mohon pandangan,

1hb – Buyer msg/call ckp berminat nk beli kereta.

2hb – Jumpa buyer tunjuk kereta. Buyer tak boleh dtg tempat saya katanya ada roadblock. Takpela, saya pergi tempat buyer. Buyer kemudian request suruh hantar dkt workshop kawan dia utk check kereta, takpe saya layan kan.

Wshop test bawa, check minyak (buka oil filter) check ECU. Kereta okay, buyer mcm biasa nego dan kami setuju dgn harga jualan, buyer transfer deposit RM1k on the spot. Cakap nk kereta segera. Petang tu jugak saya booking Puspakom, Alhamdulillah dpt slot 3hb 11am.

3hb – 10am kedai bukak je saya ke kedai tinted utk kopek tinted Raytech, kemudian trus ke Puspakom, Alhamdulillah sempat dan selesai. Buyer ckp nk kereta hari ni juga, minta arrange towing hantar workshop. Saya ckp ok je, janji bayar full amount baru bole serah kereta.

Sampai malam saya tunggu, buyer cuma bayar separuh shj. Saya ckp tak bole tow dan hantar workshop krn dah malam dan pymt pun masih x cukup. Esok lah kalau nak, lepas full pymt dan thumbprint.

3hb (malam) Buyer beriya2 nk kereta dulu, tanpa buat full payment terlebih dahulu. Buyer TAK SETUJU utk FULL PAYMENT terlebih dahulu, sebelum thumprint. Saya cakap skrg u baru bayar saya half, kalau saya thumbprint, itu kereta sudah nama u, kalau u tak nk bayar balance nanti mcm mana?

Buyer punya thumbprint runner nk dijadikan cerita pun kenalan rapat saya, dia pun cuba pujuk buyer utk FULLPAYMENT HARGA KERETA terlebih dahulu sebelum thumbprint, tapi buyer tak nak, cakap takut kalau saya tak thumbprint lepas dia dah bayar, mcm mana? Hello skrg ni PKP lah saya mau lari mana??! Kereta pun parking rumah, alamat rumah sudah bagi, waze location sudah bagi, siap offer dtg rumah lagi, tp buyer tak nak.

Saya siap cakap, datangla sekali dgn runner nanti masa nk thumbprint kt rumah. Thumbprint dgn balance payment serentak then terus ambil kereta, tp buyer enggan kerjasama. Mati2 dia nk kita thumbprint dulu baru dia nk bayar balance, and i said sorry NO.

Malam tu buyer nk cancel deal. Saya try pujuk lagi dan tunjuk bukti duit yg dia bayar separuh tu masih dlm account saya (memang tak guna pun) dan cakap kereta pun kt rumah aje, mmg tak bawak dah lepas dari Puspakom. Kita pun ada kenderaan lain utk guna. Buyer enggan. Saya ckp kalau cancel deposit RM1k burn, buyer setuju.

4hb – Duit buyer yg separuh tu saya transfer one shot dan selesai. Buyer noted duit dia yg saya dah transfer ke account dia.

Cuba u jadi Owner/Seller kereta. Org baru bayar separuh dari harga jualan kereta, u nak thumbprint dulu ke? U nk kasi kereta dulu ke? Skrg sudah 2021 bro, nk beli kereta bukan mcm pergi pasar oi.

Full payment, baru thumbprint dan serah kereta

Kalau anda2 semua, adakah deposit RM1k berbaloi dgn masa tenaga dan pening melayan kerenah buyer jenis mcm ni? Bukan juga ni kali pertama saya jual beli kereta, saya juga pencinta tegar industry motorsport Malaya.

Alhamdulillah saya masih positive, mungkin Allah nk beri buyer lebih steady dan lebih appreciative.

For now Vlimited masih available, Puspakom ready. Link di bawah: https://www.facebook.com/1502032835/posts/10218031528808744/?d=n

Google ads
Back to top button