Motosikal

KLON YAMAHA R1. 4 PILIHAN ENJIN, NAMA IKUT PENGEDAR NAK LETAK APA, BAKAL DIPASARKAN KE SELURUH DUNIA

China dan kerja meniru memang tidak dapat dipisahkan. Bukan sedikit model kereta atau motosikal jema terkenal ditiru oleh pengeluar kenderaan di sana. 

Terkini, sebuah lagi model klon ditawarkan kepada pengguna di republik berkenaan. Seperti yang anda boleh lihat, ia merupakan replika kepada Yamaha YZF-R1.

Biarpun tidak ditiru 100 peratus, ia pastinya boleh mengelirukan mereka yang kurang mahir tentang motosikal. 

Apa yang menarik, nama model itu dikatakan bergantung kepada syarikat yang mengedarnya.

Jentera itu ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin berkapasiti 196cc, 223cc, 367cc dan 400cc. Semua enjin itu didakwa mematuhi piawaian emisi Euro4. 

Bagi varian yang dilengkapi enjin 196cc, enjin selinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair itu mampu menjana kuasa sekitar 13.2hp @ 7,000rpm dan tork maksimum 15.5Nm. Kelajuan maksimum pula mencecah 105km/j. 

Model dengan enjin selinder tunggal dan penyejukan cecair 223cc pula berkuasa 16hp dan tork 18Nm dengan top speed 125km/j.

Sementara model 367cc menggunakan enjin dua silinder dengan sistem penyejukan cecair. Mampu menghasilkan kuasa 34hp dan tork 33Nm, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Model 400cc menggunakan seup enjin yang sama berkuasa 30hp dan tork 33.5Nm. Top speed yang mampu dicapai ialah 180 hingga 199km/j. Laju jugak tu.

Akhir sekali, semua model tersebut dipasang dengan sistem penghidup enjin CDI, penghidup elekrik dan tendang serta kapasiti tangki 17.5 liter. Brek hadapan terdiri daripada cakera berkembar dan berat keseluruhannya ialah sekitar 165kg. 

Jangan tak tahu, replika Yamaha YZF-R1 2021 itu dikatakan bersedia untuk pasaran ke seluruh dunia! – Arena Motosikal

Google ads
Back to top button