Buletin

NISSAN FRONTIER (NAVARA) 2020. ENJIN 3.8L V6 & 9AT. MUNGKIN TIADA LAGI VARIAN MT SELEPAS INI

Semasa Chicago Auto Show 2020 berlangsung, Nissan telah menampilkan produk baharunya yang dipanggil “heart of the next Frontier”. Ia merupakan enjin terbaharu 3.8 liter V6 dan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Menurut Nissan, V6 baharu dan transmisi sembilan kelajuan akan menjadi elemen penting dalam trak pikap Frontier model terkininya.

Nissan dikatakan bakal menggantikan enjin empat silinder 2.5 liter dan 3.5 liter V6 dengan enjin 3.8 liter V6 itu. Manakala transmisi automatik sembilan kelajuan menggantikan transmisi automatik lima kelajuan dan kotal gear manual.

Ini juga bermakna Nissan mungkin tidak lagi menawarkan Frontier dengan transmisi manual pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, Nissan tidak mengesah atau menafikannya.

Ketiadaan transmisi manual tidaklah terlalu menyedihkan kerana enjin V6 baharu itu mampu menjana kuasa mencecah 310hp. Ia jauh lebih berkuasa berbanding enjin V6 lama yang menjana 152hp dan 266hp.

Seiring dengan kenaikan 44 hp berbanding V6 lama, Nissan berkata enjin itu akan meningkatkan pecutan dan menjimatkan penggunaan bahan api.

3.8 liter bukanlah pembaharuan yang kecil, ia mempunyai 93 peratus penambahbaikan. Tenaga akan dipindahkan ke sistem pacuan empat roda yang melalui shift-on-the-fly dengan mod 2WD, 4HI, 4LO dan pemindahan sementara secara elektronik.

Jika dilihat secara fizikal, Frontier 2020 kelihatan hampir sama dengan model 2019. Namun terdapat beberapa ciri baharu pada model 2020. Antaranya ialah butang penghidup enjin, tombol gear dibalut kulit, stereng boleh laras secara manual, power door lock dan tingkap kuasa.

Frontier 2020 akan mula dijual di antara Mac hingga Jun 2020 di pasaran Amerika Syarikat.

Google ads
Back to top button