Buletin

MAZDA BANGUNKAN ENJIN 6 SILINDER DAN TRANSMISI 8 KELAJUAN

Apa sahaja perkembangan berkenaan teknologi baru enjin pembakaran dalam akan kami ulas kerana pada pandangan kami, teknologi enjin masih bleh berkembang, menjadi semakin cekap dan menjadi lebih bersih. Kali ini kami paparkan perkembangan teknologi enjin 6 silinder sebaris yang dikuasakan oleh petrol dan juga disel yang dibangunkan oleh Mazda di bawah paten SkyActive-X.

Sumber super.asurada.com

Beberapa tahun lepas (2015) Toyota dan Mazda telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama dalam usaha kajian dan penyelidikan pembangunan enjin baru 6 silinder sebaris dengan sesaran 3000cc yang bakal dipasang secara menegak pada model terbaru Toyota dan juga Mazda. Sebagai timbal balas, Toyota membenarkan Mazda menggunakan sistem hibrid THS II yang akan dipasang pada sesetengah model Mazda.

Menurut sumber BestCar, enjin baru 6 silinder sebaris ini akan digunakan pada model Mazda terbaru (Mazda 6), model Lexus IS, Lexus RC dan juga model segmen D milik Toyota. Mazda dan Toyota terus mengeratkan kerjasama dengan menandatangani perjanjian baru pada tahun 2017 yang melibatkan pembekal Toyota yang utama iaitu Denso dalam usaha pembangunan komponen kereta elektrik.

sumber super.asurada.com

Antara fokus kerjasama ialah pembangunan sistem elektrik 48 volt untuk diintegrasikan pada model sedan pacuan belakang bagi menjalankan fungsi Start/Stop, motor hibrid, turbo, brek, pam air, stering kuasa elektrik, dan juga penyaman udara. Sebuah firma pelaburan menjangkakan teknologi ini akan mula dipasarkan kepada pengguna mulai tahun 2022 dengan kuasa enjin menghampiri 300 kuasa kuda dalam versi SkyActiv-X.

Antara teknologi yang bakal disumbat kepada enjin baru 6 silinder ini termasuklah sistem pancitan bahan api common rail untuk petrol, sistem hibrid ringan, dan sistem supercaj bantuan elektrik dengan kuasa 48 volt. Dengan perkongsian antara Mazda dan Toyota, mereka menjangkakan kos pembangunan akan dikongsikan manakala Denso akan membantu membangunkan teknologi kereta elektrik, sel bahan api dan kereta pandu sendiri.

Kesemua kuasa enjin akan disalurkan ke roda belakang (RWD) melalui transmisi 8 kelajuan automatik serba baru yang sedang dibangunkan. Walaupun transmisi 6 kelajuan ini sudah mencukupi berdasarkan pandu uji CX-30 kami, namun ia agak ketinggalan dari segi ratio jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain

Berdasarkan laman sesawang super.asurada.com terdapat 2 pilihan transmisi yang sedang dibangunkan oleh Mazda ketika ini iaitu manual dan juga automatik 8 kelajuan. Namun buat masa ini kami tidak pastikan samaada transmisi manual menggunakan 6 atau 8 ratio. Antara isu yang cuba diselesaikan oleh Mazda ialah mengurangkan berat transmisi 8 kelajuan ini berbanding dengan transmisi 6 kelajuan.

Bagi enjin pula, antara inovasi yang ditekankan pula ialah dengn mengubah struktur paip ekzos yang diintegrasikan didalam kepala silinder. Besar kemungkinan struktur tersebut dengan 2 port ekzos adalah untuk aplikasi turbo (tekaan kami). Laman sesawang ini juga mendedahkan beberapa aplikasi inovasi baru pada model Mazda 6 nanti.

Ini termasuklah ruang aliran gril hadapan yang boleh dibuka dan ditup mengikut keadaan pemanduan dan keperluan enjin, rekaan apron yang baru bagi mengukuhkan cesi depan, pendakap pengukuh pada tiang sistem gantungan pada bahagian depan, sistem bateri hibrid ringan yang disusun pada bahagian transmission tunnel, serta rekaan lampu depan LED serba baru.

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button