Buletin

NISSAN AKAN MUFLIS DALAM 2-3 TAHUN LAGI – CARLOS GHOSN

Nissan Motor Co. didakwa akan muflis dalam masa dua hingga tiga tahun lagi, keta bekas ketuanya, Carlos Ghosn ketika ditemuramah oleh seorang peguambela selama lebih 10 jam.

Ghosn membuat ramalan itu tahun lalu dalam satu siri perbualan mengenai penangkapan dan dakwaan ke atasnya, jelas seorang bekas pendakwaraya yang juga pengkritik sistem keadilan Jepun, Nobuo Gohara. 

“Dia memberitahu saya bahawa Nissan akan bankrap dalam masa dua hingga tahun,” kata Gohara dalam satu sidang media di Tokyo untuk mendedahkan perbualannya dengan Ghosn.

Bekas CEO yang kini menjadi pelarian itu bagaimanapin tidak menerangkan secara terperinci kenapa Nissan akan berdepan kesukaran tersebut. 

Jurucakap Nissan, Azusa Momose yang dihubungi enggan memberi sebarang komen. Pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Yokohama iti kini mengalami penurunan jualan ketara di China dan Eropah. Perkembangan itu membuatkan Nissan terpaksa menilai semula sasaran jualan dan keutungan untuk fiskal tahunan, selain menyatakan bakal menghentikan 12,500 pekerja di seluruh dunia. 

Gohara berjumpa dan menemuramah Ghosn sebanyak lima kali dalam tempoh dua bulan untuk melengkapkan penulisan buku yang dirancang diterbitkan sebelum perbicaraan Ghosn bermula. Perjumpaan kali terakhir ialah dua hari sebelum dia melarikan diri ke Beirut. 

Peguam itu mengakui mendapat kebenaran daripada Ghosn untik mendedahkan perincian perbincangan mereka. 

Gohara sememangnya lantang dalam mempersoalkan sistem keadilan Jepun di dalam blog dan televisyen. Sejak Ghosn ditahan, dia sering mengkritik sistem perundangan negara matahari terbit itu. 

Berusia 65 tahun, Ghosn memberitahu dia melarikan diri dari Jepun kerana tidak berasa akan menerima perbicaraan yang adil. Dia berdepan beberapa dakwaan salah laku kewangan, termasuklah tidak mendedahkan pendapatan dan pecah amanah. 

Mazda CX30

Sejak awal, Ghosn menegaskan dia menjadi mangsa konspirasi untuk menjatuhkannya kerana dia berusaha untuk menyatukan Nissan dan Renault. – Bloomberg

Tags
Google ads
Back to top button