Artikel Pilihan

DATSUN FAIRLADY – MOYANG KERETA SPORTS KELUARGA NISSAN

Apabila menyebut tentang Kereta Sports dalam keluarga Nissan, jenama Skyline pasti terlintas di fikiran. Tapi tahukah, bahawasanya model pertama Skyline bukanlah model sporty, sebaliknya merupakan sebuah sedan mewah untuk yang berkeluarga dan bukannya untuk anak muda.

Tapi sebenarnya model Kereta Sports keturunan Nissan adalah Datsun Fairlady. Model generasi pertama ini wujud pada tahun 1959 melalui pengenalan model Datsun Sport 1000 S211. Model pengenalan ini hanya menggunakan enjin 988 liter sebagai nadi utama dengan kotak gear manual empat kelajuan. Dan dikhabarkan model ini hanya sempat dibina sebanyak 20 unit sahaja. Test market barangkali.

Dan model Datsun Fairlady SPL 213 diperkenalkan pada tahun 1961, inilah model produksi penuh bagi Datsun ketika itu. Dan inilah juga model pertama yang dieksport ke benua Amerika Utara. Ketika itu, saingan utamanya sudah tentulah model seperti Toyota Sports 800.

Kali ini enjin 1.2 liter telah dipilih untuk menggantikan enjin sebelumnya. Di zaman itu, fitrah Kereta Sports adalah tidak berbumbung. Baru nampak garang apatah lagi penggunaan dwi warna merah / putih melengkung pada badan kereta. Model ini banyak sikit dibina, sejumlah 500 unit khabarnya.

Bagi memberikan pilihan kepada pembeli, pada tahun 1968 model Datsun 1600 Sports pula diperkenalkan. Sudah tentu nadi utama baharu telah diperkenalkan dengan enjin bersesaran 1595 liter pula digunapakai.

Selain daripada enjin baharu, rupa hadapan dengan bonet yang mempunyai saluran udara bagi memberikan sejukan enjin yang lebih maksimum. Ternyata model ini juga menjadi popular apabila ianya turut dieksport ke benua Amerika.

Sebenarnya telah wujud sebuah lagi model Datsun 2000 Roadster diperkenalkan kepada pasaran. Sudah tentu ini barulah kelihatan seperti Kereta Sports moden. Dengan penggunaan enjin bersesaran 1982 liter dianggap kereta yang paling berkuasa. Malah kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga ke 205 km/j. Laju betul macam ETS.

Sesudah tamat tempoh produksinya, barulah model yang lebih moden Datsun 240Z (juga dikenali dengan nama Nissan Fairlady Z) diperkenalkan sekaligus meneruskan legasi baharu jenama Fairlady ini. Iyalah kan. Tiada yang lama, maka tiadalah yang baharu.

BACA : NISSAN FAIRLADY 240Z DIGUNAKAN SEBAGAI KERETA POLIS

BACA : KISAH NISAN FATLADY Z

Google ads
Back to top button