NISSAN ELGRAND HIGHWAY STAR JET BLACK URBAN CHROME – ELGRAND MASIH ADA DI JEPUN
Dalam banyaknya Toyota Vellfire dan Alphard dibawa masuk dari Jepun ke negara kita, masih ada pengimport bebas menawarkan Nissan Elgrand.
Unit yang diimport mempunyai pelbagai varian dan tahun, dari model 2013 hingga versi facelift dan model standard kepada model Autech. Harganya pula dari RM130,000 hingga RM250,000.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pernah menawarkan Elgrand pada 2012 dan disusuli model facelift pada Mei 2014.
Hanya satu jenis enjin ditawarkan iaitu 3.5L V6 yang dijual pada harga RM388,000 (tidak termasuk insurans).

Nissan nampaknya masih yakin dengan Elgrand dan terbaru melancarkan edisi Highway Star Jet Black Urban Chrome di Tokyo Auto Salon 2020.
Ini adalah penawaran kali kedua varian itu selepas dijual dalam tempoh terhad pada Februari 2018. Penawaran semula itu susulan permintaan kuat daripada pelanggan.
Keunikan Elgrand ialah bentuk badannya yang rendah berbanding MPV lain. Dengan pusat graviti rendah, Elgrand menawarkan pengendalian dan stabiliti yang baik.

Apa yang istimewa dengan varian terbaru Elgrand ini ialah warna Jet Black pada gril depan, kemasan lampu kabus dan roda aloi 18 inci berwarna Dark Graphite.
Gril model standard menggunakan warna krom yang merupakan gayaan biasa untuk MPV mewah begini.
Bahagian dalaman pula dilengkapi kerusi kulit premium berwarna perang dan sulaman warna sama pada kulit pintu, stereng dan tombol gear. Warna perang pada kerusi menyerlahkan imej premium Elgrand.

Sistem infohibur dilengkapi dengan sistem navigasi NissanConnect, monitor pandangan keliling dan sistem hiburan kerusi belakang.
Elgrand Highway Star Jet Black Urban Chrome ditawarkan dengan dua jenis enjin iaitu VQ35DE (3,500 cc) dan QR25DE (2,500 cc). Kedua-dua enjin itu menggunakan transmisi Extronic CVT-M6.

Berikut ialah harga dan varian Nissan Elgrand Highway Star Jet Black Urban Chrome:
| Enjin | Varian | Transmisi | Pacuan | Harga (JPY) |
|---|---|---|---|---|
| VQ35DE | 350 Highway Star Jet Black Urban Chrome | Extronic CVT-M6 |
2WD | 5,442,800/RM202,004 |
| 4WD | 5,739,800/RM213,027 | |||
| QR25DE | 250 Highway Star S Jet Black Urban Chrome | 2WD | 4,373,600/RM162,322 | |
| 4WD | 4,670,600/RM173,345 |
- BACA: PADA 2019 NISSAN NV350 CARAVAN PREMIUM GX URBAN CHROME DIPERKENAL DI JEPUN
- BACA: NISSAN LEAF AUTECH 2020, SEGAK JUGA KAN?
- BACA: NISSAN GT-R 50TH ANNIV EDITION ADA DI THAI, RM1.5 JUTA SAHAJA!
Kredit/Sumber Foto: Nissan














