Buletin

PENGEDAR AS HENTAM CEO BARU NISSAN. MAHU STRATEGI PEMASARAN DIUBAH, PRODUK LEBIH MENARIK

Ketua Pegawai Eksekutif Nissan yang baru dilantik, Makoto Uchida dilapor telah berjumpa dengan sekumpulan pengedar Nissan di Nashville, Amerika Syarikat (AS) untuk mendengar sendiri apakah yang ingin mereka katakan tentang Nissan. 

Uchida meminta mereka jujur dan peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk ‘menghentam’ Nissan kerana tidak menawarkan produk menarik, selain menjadi jenama murah. Para pengedra tersebut menggesa Uchida supaya mengambil tindakan ke atas beberapa masalah yang mereka hadapi. 

“Saya mahu tahu semua perkara negatif. Saya ada di sini untuk mendengar, jangan malu-malu walaupun mungkin sukar untuk saya terima,” kata Uchida. 

Perjumpaan berkenaan dibuat selepas para pengedar Nissan di AS mula menyuarakan kebimbangan mengenai strategi pengeluar kenderaan tersebut di pasaran terbesarnya itu. Jualan Nissan di AS jatuh 9.9 peratus kepada 1.35 juta unit tahun lalu, ketika ppasaran keseluruhan dijangka turun hanya 1.2 peratus. 

Nissan memberitahu antara sebab kejatuhan jualan itu adalah kerana keputusan mereka untuk tidak mengira jumlah jualan kenderaan sewa, tetapi alasan tersebut nyata tidak dapat meredakan kebimbangan pengedarnya. Nissan juga menyatakan ia akan memperbaharui 70 peratus kenderaan sewa itu dalam tempoh 18 bulan. 

Sehingga rancangan itu dilaksana, pengedar menggesa Uchida supaya memberi pihak pengurusan Nissan Amerika Utara lebih banyak kuasa, selain sokongan kewangan dan pemasaran dari Jepun dalam usaha meningkatkan jualan. 

“Jika anda tidak menyediakan semua sumber pada hari ini, keadaan akan menjadi semakin parah,” kata seorang pengedar. 

Satu lagi isu yang disuarakan adalah Nissan perlu menggantikan program insentif kepada pengedar. Insentif itu memberi ganjaran kewangan kepada pengedar yang berjaya mencapai sasaran jaualan. Ia dikritik sejak dahulu lagi  sasaran yang ditetapkan sukar dicapai. 

Kesedaran jenama turut menjadi topik perbincangan dengan hadirin meminyta Uchida menukar strategi pemasaran kerana kempen sekarang yang fokus kepada teknologi tidak berkesan. “Mesej teknologi Nissan tidak difahami. Kereta autonomi mungkin sesuai di Jepun atau negara lain, tetapi di AS, orang tidak memberi respons kepadanya,” kata mereka. 

Selepas tamat perbincanagn, para pengedar berasa opimsis kerana Uchida memberi impresi yang positif kepada mereka. “Beri saya peluang, saya ingin lihat secepat mana saya boleh selesaikan masalah ini,” kata Uchida. 

Ada juga yang membandingkan Uchida dengan bekas ketua Nissa, Carlos Ghosn. “Uchida sangat merendah diri dan ingin mendengar pendapat orang lain. Bukan macam Ghosn. Tiada siapa yang berani beritahu Ghosn apa yang  dia tidak mahu dengar.” 

Google ads
Back to top button