Artikel Pilihan

TEKNOLOGI UNTUK MENGATASI MASALAH MICROSLEEP

Microsleep dalam bahasa mudahnya ialah situasi di mana ada individu terlelap dalam beberapa saat walaupun ketika melakukan tugasan penting seperti memandu kereta. Pada ketika ini otak individu tersebut boleh dikatakan “shut down” sepenuhnya serta gagal memproses segala maklumat dari mata, telinga dan semua deria

Keadaan ini mendorong badan untuk bertindak dengan pantas dan sewajarnya terutama ketika dalam situasi kecemasan. Antara tanda-tanda anda mengalami masalah microsleep ialah:

1. Anda gagal memproses dan bertindakbalas dalam keadaan semasa. Dalam memandu ini akan menyebabkan kemalangan

2. Merenung ke jalan tapi terasa kosong dan melayang-layang

3. Kepala tersengguk-sengguk diikuti dengan badan tersentak seolah-olah terkejut

4. Gagal mengingati sesuatu perkara yang terjadi dalam masa satu atau 2 minit lepas

Menyedari masalah microsleep ini yang boleh menyebabkan kemalangan dan juga kematian, pengeluar kenderaan ketika ini telah menghasilkan beberapa ciri keselamatan pada kenderaan bagi menangani masalah microsleep

Antara ciri-ciri yang dipasang ialah

Tak pasti Proton Persona 2021 masih ada ciri ini

1. Sistem pemantauan masa memandu – ketika penulis memandu uji Proton Persona 2019 dulu, ia dilengkapi dengan sistem pemasaan pemanduan yang menyukat jumlah masa perjalanan dan pemanduan yang dibuat. Sebaik sahaja ia menyedari kita telah memandu selama 4 jam tanpa henti, sistem akan menghantar amaran

Amaran ini dibuat dengan mengingatkan pemandu agar berhenti dan berehat berdasarkan jumah masa pemanduan dibuat

2. Sistem Lane Departure Warning dan Lane Keep Assist – Sistem LDW ini akan menghantar amaran jika anda memandu dan terkeluar daripada lorong pemanduan. LKA pula akan membuat membuat pembetulan pada steering jika anda terkeluar daripada lorong pemanduan di lebuh raya.

Sekiranya anda melakukan kesalahan berulang kali pada masa yang singkat, secara automatik sistem ini akan membuat andaian sendiri (sama macam isteri anda) yang sebenarnya anda memandu dalam keadaan mengantuk. Sistem ini ada pada Perodua Ativa V dan akan dihidupkan secara automatik sebaik sahaja enjin dihidupkan

3. Driver Attention Alert – sistem ini pula dipasang pada kenderaan Mazda seperti Mazda 6 dan juga Mazda CX-30. Sebaik sahaja halaju kereta melebihi 65km/j, sistem DAA akan mulai belajar kelakuan pemandu, memerhatikan input pemandu pada stering, pedal brek dan juga pergerakan kereta pada awal pemanduan dan selepas beberapa ketika memandu

Sekiranya sensor mengesan terdapat perubahan pergerakan kenderaan yang mungkin disebabkan pemandu mulai hilang fokus, ia akan menghantar amaran agar pemandu berhenti dan berehat seketika

Berdasarkan pemerhatian penulis, risiko microsleep ini akan meningkat dengan meningkatnya umur serta berkait rapat dengan faktor kecergasan pemandu dan kualiti tidur. Jika dulu penulis boleh memandu 6-7 jam tanpa henti, sekarang ini dalam masa sejam lebih pun sedah kena berhenti rehat sekejap.

Google ads
Back to top button