Artikel Pilihan

NISSAN GT-R EDISI TERAKHIR BAKAL MUNCUL TAHUN DEPAN – SKIM CEPAT KAYA APA TENGAH HOT SEKARANG?

Khabar angin tengah tersebar dengan hangatnya di negara matahari terbit  berdasarkan laporan Best Car Web. Web ni dalam bahasa Jepun jadi PokYa terjemahkanlah senang sikit. Best Car menyatakan yang tempahan untuk Nissan GT-R R35 buat masa sekarang memang telah digantung tapi bagi yang dah menempah tu tak lama sangat dah nak dapat kereta idaman korang.

GT-R sekarang ni memang dah lama sangat dihasilkan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jadi sekarang Nissan tengah sibuk dengan beberapa sentuhan kecil terakhir untuk model kebanggaan mereka ini.

Korang percaya ke dengan ayat beberapa perubahan kecil tu? Pada kereta lain memang nampak kecil tapi ini GT-R tahu. Antara perubahan yang ketara ialah pada bahagian spoiler belakang. Kali ini Nissan dikatakan memilih rekaan spoiler yang dinamakan swan-neck-design (sebab bentuknya memang macam leher burung swan). Korang tengok gambar la senang. Takkan nak suruh PokYa lukis pulak.

Rekaan spoiler ini akan melancarkan lagi aliran angin di bahagian bawah spoiler sekaligus menjadikan kereta lebih stabil. Nampak tak? Benda ni nampak ringkas tetapi kesannya besar untuk GT-R. Pasangkan kat Alza vtectec pun okey ni.

Perubahan lain yang dilaporkan lagi ialah pada bahagian enjin dan casis tetapi belum didedahkan oleh pihak Nissan. Ubahsuai enjin dan casis dikatanya perubahan kecil? Ingat kita ni baru masuk tadika swasta yuran 800 sebulan ke?

Beberapa perubahan juga turut dilakukan untuk memastikan ia mematuhi piawaian tahap bunyi bising terbaharu khususnya untuk pasaran Jepun. Malaysia okey je kan? Bukan hari-hari ada operasi pun.

Akhir sekali semestinya pilihan warna baharu. Jangan main-main dengan Nissan dulu pun diorang pernah tawarkan Nissan GT-R R34 V-Spec Nur warna hijau zamrud. Siapa sangka kan? Macam warna kereta abah-abah tahun 90-an.

Kredit Best Car dan Thedrive.com

Google ads
Back to top button