
PENGEDAR MARK-UP HARGA NISSAN Z LEBIH RM280K. NISSAN TERUK DIKECAM PELANGGAN
Nissan dikecam hebat oleh pelanggan mereka kerana terdapat pengedar Nissan Z mengambil kesempatan dengan meletakkan tanda harga terlampau tinggi dan ia akan memberikan impak negatif kepada pengeluar kereta terbabit.
Status di halaman Facebook Nissan Z baharu yang menunjukkan pengedar melakukan ‘pelarasan harga’ pasaran sebanyak AS$60,000 (RM283,560) tular.
Foto tersebut mencetuskan hampir 500 komen yang menegaskan harga AS$129,999 (RM614,375) adalah terlalu tinggi. Sedangkan Nissan menyenaraikan harga Z Proto Spec di laman web hanya AS$52,990 (RM250,430).

HGregg Nissan di Puente Hills, California menetapkan tanda harga AS$50,000 (RM236,300) untuk Nissan Z dengan hanya AS$54,915 (RM259,528). Itu menjadikan harganya kini AS$107,700 (RM508,990).
Nampaknya pengedar benar-benar mengambil kesempatan atas model ediri terhad ini, selain disokong oleh pasaran lain yang menawarkannya pada tanda harga begitu tinggi.
Mungkin boleh dikatakan sudah terlalu lewat untuk menghapuskan tanda harga yang ditetapkan oleh pengedar kerana ia telah menjejaskan imej Nissan dan jualan Nissan Z secara keseluruhannya.
Perkembangan itu boleh dilihat dalam forum atas talian Nissan Z yang menunjukkan ramai pelanggan begitu kecewa dengan situasi tersebut.









