
POLIS AUSTRALIA SITA NISSAN SKYLINE R34 BARAI TERUK. LESEN PEMANDU DIGANTUNG
Polis Australia telah merampas dan menggantung lesen seorang lelaki berusia 27 tahun kerana memandu sebuah Nissan dengan kondisi begitu teruk.
Lelaki tersebut ditahan oleh Polis Victoria di sebuah bandar kecil, Lara, pada jam 3.30 pagi. Pemandu tersebut mendakwa dirinya memandu dari Manor Lakes, iaitu kira-kira 38km dari tempat dia ditahan pihak berkuasa.
Apa dimaksudkan dengan kondisi yang teruk di sini? Suku bahagian pemandu Nissan Skyline R34 berwarna putih tersebut telah kemek teruk, gril, fasia depan, bampar belakang serta lampu depan dan belakang juga hilang selain terdapat hud, intercooler aftermarket.

Melalui foto di atas, kita juga dapat melihat satu set roda yang tidak sepadan dan salah satu daripada panel suku hadapan kelihatan agak longgar.
Apa yang menghairankan adalah pemandu itu berjaya melakukan perjalanan jauh tanpa melanggar sesuatu atau dilanggar oleh pemandu lain meskipun kekurangan lampu.
Polis Victoria segera menyita kereta tersebut dan lesen lelaki berusia 27 tahun itu digantung serta-merta. Polis juga mendapati bahawa peranti pengesan alkohol juga tidak tersedia dii dalam kereta itu.
Pemandu itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin dan perlu hadir di Mahkamah Majistret Werribee pada 16 November lepas.
- BACA: BANK AUSTRALIA ENGGAN TAWAR PINJAMAN UNTUK KENDERAAN ICE
- BACA: KUALITI JALAN DI MALAYSIA LEBIH BAIK DARIPADA SWEDEN, KANADA, AUSTRALIA DAN BRITAIN
- BACA: AUSTRALIA MAHU SEMUA KERETA BAHARU ADA CIRI KESELAMATAN TAMBAHAN APABILA BANJIR
- BACA: PERMINTAAN TERLALU TINGGI, TOYOTA HENTI TEMPAHAN LAND CRUISER 70 DI AUSTRALIA