
NISSAN VERSA (ALMERA) 2023 AMERIKA SYARIKAT DENGAN V MOTION BAHARU!
Menurut Nissan, versa adalah singkatan kepada gabungan perkataan versatile space atau ruang versatil. Nissan Versa bukan model yang asing buat pengguna tempatan dan dikenali sebagai Almera.
Versa di pasaran sekarang adalah dari generasi ketiga dan kedua-dua Versa dan Almera merupakan model sama sejak generasi kedua lagi. Kalau dua model sama, yang mana satu generasi pertama?
Versa generasi pertama pula adalah Nissan Latio pasaran tempatan seterusnya mengukuhkan lagi kenyataan bahawa Versa bukan model asing di negara kita.
Terbaru Nissan Versa 2023 diperkenal di Amerika Syarikat dan membawa wajah lebih segar dan seiring dengan kitaran hidup produk model yang dikeluarkan pada 2019.

Gril V-motion kali ini tampil dengan lebih besar dan menonjol dan berjaya mengubah bahagian depan Versa ibarat sebuah kereta baharu.
Bahagian tengah gril dilekatkan logo Nissan baharu dan varian premium Versa SR menerima roda 17 inci baharu. Di sana, Versa S yang merupakan varian asas menggunakan roda besi saiz 15 inci.
Juga baharu untuk SR ialah warna Gray Sky Pearl yang turut ditawarkan pada Versa SV.

Dari segi teknologi keselamatan, Versa dilengkapi Nissan Safety Shield® 360 dengan ciri standard seperti Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki dan Amaran Penukaran Laluan.
Turut dilengkapi Pembrekan Belakang Automatik dan Bantuan Lampu Puncak. Ditawarkan sebagai pilihan ialah Amaran Titik Buta dan Peringatan Lintasan Trafik Belakang.
Pada bahagian dalam, Versa S dipasang skrin sentuh tujuh inci dengan sistem audio empat pembesar suara, tiga slot USB dan kemasukan pintar tanpa kunci.

Pakej S Plus pula dilengkapi sambungan Apple CarPlay® dan Android Auto™, roda aloi 16 inci dan kerusi belakang dengan pisahan 60/40.
Varian pertengahan Versa SV menerima kelengkapan tambahan seperti roda aloi 16 inci, lampu utama buka dan padam automatik, Advanced Drive-Assist® Display tujuh inci, dan butang penghidup.
Turut dilengkapi konsol tengah perehat lengan, pad pengecasan telefon tanpa wayar dan warna dalaman Chambray.

Versa SR tampil berbeza dan lebih premium dengan cermin sisi hitam, stereng balutan kulit, roda aloi 17 inci, kerusi depan dengan fungsi pemanas, enam pembesar suara dan penghidup enjin kawalan jauh.
Ciri premium diteruskan dengan skirn sentuh lapan inci, kawalan suhu automatik, Kawalan Jelajah Pintar, sambungan Wi-Fi dan NissanConnect® Services untuk kawalan dari telefon atau jam pintar.
Berbeza dengan pasaran tempatan, Versa digerakkan enjin HR16DE 1.6 liter yang berkuasa 122 hp pada 6,300 rpm dan tork 154 Nm 4,000 rpm.

Sekali lagi berbeza, Versa S pasaran Amerika Syarikat dipadan dengan transmisi manual lima kelajuan sebagai ciri standard dan pilihan untuk transmisi Xtronic CVT.
Dua lagi varian iaitu SV dan SR menggunakan transmisi Xtronic CVT tanpa pilihan gear manual.
BACA: NISSAN NV200 VANETTE 4WD 2022 DIPERKENAL DI JEPUN
BACA: NISSAN ALMERA SPORTECH-X, 300 UNIT SAHAJA DI THAILAND!
BACA: NISSAN CARAVAN AUTECH UNTUK JEPUN, VAN DENGAN IMEJ SPORTI DAN MEWAH!
BACA: NISSAN ALMERA VL, PENINGKATAN YANG BAGUS BERBANDING MODEL LAMA































BACA: NISSAN ALMERA VL, PENINGKATAN YANG BAGUS BERBANDING MODEL LAMA









