Buletin

NISSAN NV200 VANETTE 4WD 2022 DIPERKENAL DI JEPUN

Nissan Vanette merupakan sebuah van popular di negara kita untuk tujuan perdagangan. Ada yang digunakan sebagai van pasar malam, mengangkut barang kimpalan, pembinaan dan pelbagai lagi.

Statusnya yang serba boleh menyebabkan Vanette menjadi buruan dan bernilai tinggi. Cuba periksa di laman web jualan kenderaan, harganya masih dalam lingkungan belasan ribu walaupun sudah berusia.

Pengeluaran Vanette terhenti setakat generasi keempat namun hayatnya masih panjang dan menggunakan nama NV200 Vanette di Jepun.

Bukan sahaja di Jepun, NV200 dipasarkan di banyak buah negara termasuk Amerika Syarikat dan Eropah dan semestinya di pasaran tempatan.

NV200 dikeluarkan sejak 2009 dan masih lagi berada di pasaran. Biasanya van komersial sebegini jarang diperbaharui seperti kereta penumpang.

Terbaru Nissan memperkenalkan NV200 Vanette 4WD yang dipertingkatkan di Jepun.

Apa yang berubah? Pertama sekali, kapasiti beban maksimum dipertingkat sebanyak 150 kg kepada 650 kg dengan dua penumpang.

Jika lima penumpang berada di dalam, kapasiti beban yang boleh dibawa ialah 400 kg atau peningkatan 100 kg.

NV200 Vanette 4WD digerakkan enjin 1.6 liter HR16DE dengan padanan transmisi automatik E-ATx.

Harga yang ditawarkan bermula dari 2,561,900 yen (RM)80,451 hingga (RM)  2,798,400 yen (RM87,878).

Selain itu, Nissan Motor Sports & Customize Co., Ltd. atau NMC turut menambah varian Multi-Bed untuk NV200 dan menaik taraf varian 4WD dengan lifter.

NV200 Vanette Multi-Bed adalah van yang sesuai untuk pelanggan yang gemarkan sukan dan hobi luar atau kegunaan harian.

Model ini dipasangkan katil yang boleh dilipat dan selepas itu terpulang kepada pengguna, buat jadi camper van pun okay!

Harga NV200 Vanette Multi-Bed 2WD ialah 2,833,600 yen (RM88,983) dan 3,197,700 yen (RM100,417) bagi pacuan 4WD.

Satu lagi model NV200 Vanette dilengkapi lifter untuk mengangkat atau menurunkan muatan.

Lifter yang digunakan jenis boleh lipat dan tidak menghalang pandangan belakang dan boleh mengangkat beban sehingga 350 kg.

Lifter itu juga boleh dibuka dan disimpan dalam kedudukan sisi supaya tidak menghalang proses memasukkan dan menurunkan muatan.

Kapasiti maksimum muatan varian 4WD telah ditingkatkan sebanyak 100 kg kepada 500 kg. Harganya pula 3,296,700 yen (RM103,526).

BACA: NISSSAN VANETTE – RAJA VAN DI MALAYSIA

BACA: NISSAN ALMERA SPORTECH-X, 300 UNIT SAHAJA DI THAILAND!

BACA: NISSAN CARAVAN AUTECH UNTUK JEPUN, VAN DENGAN IMEJ SPORTI DAN MEWAH!

Google ads
Back to top button