Buletin

NISSAN ALMERA SPORTECH-X, 300 UNIT SAHAJA DI THAILAND!

Nissan Thailand meraikan ulang tahun kesepuluh model sedan urban syarikat terlaris Almera dengan melancarkan Almera Sportech-X dan ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja.

Perubahan yang dibuat merangkumi bahagian luar dan dalam bagi menjadikannya eksklusif berbanding ribuan Almera lain.

Menurut Presiden Nissan Thailand, dalam tempoh sedekad Almera merupakan model terlaris di dalam segmen dan sejak diperkenalkan lebih 240 ribu unit telah terjual. Memang banyak!

Apa yang berbeza dengan Almera edisi terhad ini? Pertama sekali, Almera Sportech memang sudah ada di Thailand dan edisi terhad ini dibezakan pada gril hitam kilat, roda 16 inci baharu dan muncung ekzso krom.

Lagi identiti khas ialah logo Sportech-X pada tiang B dan but selain pendakap bahagian bawah pintu dengan logo sama.

Pada bahagian dalam, Almera ini menggunakan kerusi Quole Modure premium hitam dengan sulaman merah tua.

Logo Sportech-X diteruskan pada kerusi, konsol gear, pelapik alang pintu, alas kaki dan pedal sport. Turut menarik lampu ambien yang menyerlahkan suasana dalaman.

Sistem info hiburan lengkap dengan sistem NissanConnect dan fungsi sambungan Android Auto dan Apple CarPlay bagi menghubungkan telefon pintar. Skrin sentuh pula bersaiz lapan inci.

Lagi fungsi yang disediakan ialah sambungan Bluetooth, USB, AUX-IN dan sistem pintar arahan suara.

Berkenaan enjin, Almera Sportech-X digerakkan nadi 1.0 liter turbo HRA0 tiga silinder dan padanan transmisi XTRONIC CVT dengan D-Step Logic.

Kuasa yang dikeluarkan ialah 100 ps dengan tork maksimum 152 Nm.

Dari segi keselamatan, Almera Sportech-X dilengkapi teknologi 360° SAFETY SHIELD seperti Amaran Pintar Pelanggaran Berdepan, Pembrekan Kecemasan Pintar dan Amaran Titik Buta.

Turut dilengkapi Amaran Lintasan Trafik Belakang, Monitor Pengasawasan Sekeliling Pintar, Pengesanan Objek Bergerak dengan empat kameran di depan, belakang dan sisi kereta.

Warna yang ditawarkan khusus dalam dua tona iaitu Storm White dengan hitam kilat pada bumbung, tiang A,B,C, cermin sisi dan spoiler belakang.

Tentang harga, Nissan Almera Sportech-X dijual pada 695,000 thai baht (RM87,641).

BACA: NISSAN ALMERA 2022 DIPERKENAL DI THAILAND, BUMBUNG HITAM ENJIN KEKAL 1.0L TURBO

BACA: NISSAN CARAVAN AUTECH UNTUK JEPUN, VAN DENGAN IMEJ SPORTI DAN MEWAH!

BACA: NISSAN GABUNG AUTECH DAN NISMO JADI SATU SYARIKAT!

Kredit dan hak foto: Nissan

Google ads
Back to top button