
SERTAI KEMPEN PETRONAS SPRINTA BANGKITKAN DERUMANMU DENGAN EVOLUSI BAHARU. MENANGI YAMAHA Y16ZR BERNILAI RM12,000 DAN IPHONE 13 PRO MAX!
Sudah lama berangan hendak memiliki sebuah Yamaha Y16ZR atau telefon pintar iPhone 13 Pro Max? Apa kata anda sertai satu pertandingan permainan video dengan genre perlumbaan motosikal atas talian yang dianjurkan oleh PETRONAS.
Kempen PETRONAS Sprinta Bangkitkan Derumanmu Dengan Evolusi Baharu yang bermula 1 September hingga 20 Oktober 2022 itu memberi peluang kepada anda untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan.
Untuk turut serta dalam kempen ini, anda perlu membeli produk minyak pelincir PETRONAS Sprinta minimum RM30 di stesen minyak PETRONAS, bengkel rasmi PETRONAS atau secara atas talian Mesra PETRONAS Store di Shopee.
Antara produk PETRONAS Sprinta yang sentiasa menjadi pilihan ramai ialah PETRONAS Sprinta F900 yang memberi perlindungan enjin luar biasa pada permulaan tunggangan dan di bawah suhu tinggi!

Anda hanya perlu imbas kod QR yang pada produk atau layari https://bit.ly/bangkitkanderumanmu-game, muat naik gambar resit pembelian, daftar akaun dan mulakan permainan video.
Kemudian, kumpul mata tertinggi untuk merebut sebuah motosikal YAMAHA Y16ZR berharga RM12,000 dan tiket menonton perlumbaan Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang.
Pemenang tempat kedua berpeluang untuk membawa pulang sebuah telefon pintar iPhone 13 Pro Max 256GB dan tiket menonton perlumbaan Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022. Untuk hadiah yang ketiga pula, PETRONAS menawarkan seutas jam G-Shock dan tiket perlumbaan Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022 grandstand.
Bukan itu sahaja, terdapat hadiah saguhati berupa pakej tiket Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022 disediakan bagi pemenang untuk tempat ke-4 hingga ke-20 yang berjaya mengumpul mata tertinggi dalam perlumbaan ini.

Anda juga boleh memenangi barangan eksklusif PETRONAS dengan menyertai beberapa cabaran mingguan Sprinta. Ikuti akaun sosial media PETRONAS Sprinta untuk ketahui lebih lanjut.
Bagi memastikan anda berpeluang untuk membawa pulang motosikal YAMAHA Y16ZR, anda perlu menjadi 5 pemenang teratas dalam mengumpul mata perlawanan.
Perlumbaan akhir Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022 akan dibuat secara live pada 22 Oktober 2022 nanti. Dan jangan lepaskan peluang untuk kunjungi acara #SPEEDPHORIA yang akan diadakan pada 14-23 Oktober di Esplanade Suria KLCC Park. Nantikan persembahan daripada Flop Poppy, Bunkface, Marsha dan lain pada setiap hujung minggu. Masuk adalah percuma! Dapatkan info lanjut di @PETRONASmotorsports.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.mymesra.com.my/for-consumer/promotions/bangkitkan-derumanmu-2022 Senang sangat nak menang! Cuma main permainan video dan boleh bawa pulang sebuah motosikal Yamaha.
Haa tunggu apa lagi, tunjukkan bakat terpendam anda dalam perlumbaan PETRONAS Sprinta Bangkitkan Derumanmu!