,
Buletin

NISSAN X-TRAIL X-TREMER & AERO EDITION 2019 – BERMULA RM138,888

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition ke pasaran tempatan.

X-Trail X-Tremer baharu hadir dengan penampilan agresif dalam pilihan warna luaran dua tona iaitu merah, putih atau perak (Tungsten Silver) bersama bumbung berwarna hitam.

Ia juga dilengkapi rel bumbung dan spoiler belakang. Di samping komponen-komponen baharu yang digelapkan seperti gril V-Motion, aero bampar TOMEI (hadapan dan belakang), spoiler sisi bawah, cermin sisi serta rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci.  

Print

Ruang kabin diserlahkan dengan tempat duduk dibalut kulit Nappa mewah berwarna perang. Turut dibalut kulit ialah papan pemuka, pelindungan lutut dan perehat tangan.

Aero Edition pula didatangkan dengan aero bampar TOMEI kemasan perak pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam, serta kemasan kulit Nappa mewah kepada ruang dalaman seperti yang ada pada X-Tremer.

X-Trail Aero Edition ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu hitam, coklat dan hijau.

Print

Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition hadir dalam empat varian iaitu 2.0L Hybrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD.

Ia disertakan dengan jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had (termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion

Aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button