,
Buletin

SURCAJ 10% TOUCH ‘N GO DI KAWASAN PARKIR AKAN DIHAPUSKAN

Berita baik untuk semua. Caj 10 peratus yang dikenakan oleh Touch ‘n Go di kawasan parkir kenderaan dilapor akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen apabila menjawab soalan daripada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai hal demikian di Dewan Rakyat.

Biarpun begitu, masih ada kontrak yang perlu dipatuhi sebelum peghapusan surcaj itu dapat dilakukan sepenuhnya.

Menyatakan bahawa surcaj tersebut adalah warisan kerajaan terdahulu, Chong Chieng Jen berjanji ia tidak akan lagi membebankan rakyat.

Ditanya mengenai caj 50 sen yang dikenakan ke atas pengguna apabila menambah nilai di beberapa outlet, caj itu sebenarnya tidak diterima oleh Touch ‘n Go, tetapi penyedia perkhidmatan.

Untuk makluman, pengguna kini boleh membuat tambah nilai kad Touch ‘n Go di 11,000 lokasi dengan lebih 2,000 daripadanya tidak mengenakan caj 50 sen.


Google ads
Back to top button