Buletin

TAK UNTUNG, NISSAN CADANG NAK TUTUP DATSUN

Nissan dilaporkan sedang merancang untuk menutup syarikat Datsun, yang ditubuhkannya pada 2013 untuk menghasilkan kereta-kereta “murah” khusus untuk pasaran Asia.

Meskipun belum mendapat pengesahan rasmi dari NIssan, laporan ini dikatakan sebahagian daripada pelan penyusunan semula kerana merosotnya keuntungan syarikat ini sejak 11 tahun yang lalu.

Sejak tahun lalu Nissan telah menyusun semula operasinya di banyak negara, menutup jaluran pengeluaran dan menghentikan pengeluaran produk yang tidak menguntungkan.

Bulan lepas, Mereka mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran kereta jenama Nissan di Indonesia dan kilang sedia ada hanya akan mengeluarkan jenama Datsun.

Sejak skandal Pengerusi Nissan Carlos Ghosn, Nissan dibelenggu masalah kepimpinan. Pengerusi baru Hiroto Saikawa yang meletakkan jawatan akibat kontroversi kewangan peribadinya mencalarkan imej Nissan dan menjejaskan keyakinan pelabur dengan teruk.

Bagaimanapun pada minggu ini, Nissan mempamerkan keberaniannya dengan peragaan kereta elektrik di Tokyo Motorshow dan dua kereta konsep.

Tapi kenapa Datsun akan dihentikan?

Ketika Nissan menyusun strategi untuk hasilkan kenderaan autonomi dan elektrik, kereta-kereta bajet seperti Datsun akan menghadapi masa hadapan yang suram.

Datsun diperkenalkan pada 2013 sebagai jenama bajet untuk pasaran dunia ketiga. Datsun Go menjadi kereta hatch antara yang paling murah di dunia di hasilkan ketika itu. Namun dengan ciri keselamatan yang longgar, ia dikritik hebat kerana dihasilkan oleh sebuah syarikat besar seperti Nissan.

Menurut laporan dalaman Nissan, Datsun terpaksa menghadapi hakikat bahawa masalah utama sekarang ialah kedua-dua jenama ini dijual di pasaran yang sama.

Datsun dikatakan telah mencuri jualan Nissan di sesetengah negara berikutan pertindanan model pasaran. Mereka meletakkan dua jenama dalam satu perkongsian pasaran yang kecil. cuma satu atau dua peratus. Ia memang tidak berbaloi.

Google ads
Back to top button