Buletin

NISSAN Z PROTO DAPAT SENTUHAN RETRO, MODEN. ENJIN V6 TURBO BERKEMBAR, TRANSMISI MANUAL

Nissan 370Z diperkenalkan lebih satu dekad lalu dan sudah melewati masa kegemilangan jentera sport ini.

Biarpun, penjualan merosot, syarikat Nissan belum bersedia ‘mematikan’ kereta Z ikonik ini.

Generasi terbaharu jentera ikonik ini didedahkan dengan dikenali sebagai Z Proto yang menampilkan gabungan rekaan moden dan retro.

Kereta sport ini dibangunkan sebagai menghormati kegemilangan jenama Z selama 50 tahun. Model terbaharu Z Proto didatangkan dengan warna kuning dan bonet hadapan panjang.

Bahagian gril hadapan segi empat dengan sirip menyerlahkan sentuhan model terdahulu pada jentera terbaharu ini.

Sentuhan retro dapat dilihat pada bahagian lampu LED dengan rekaan berbentuk air mata mengingatkan kepada model JDM 240ZG pada tahun 1970-an.

Selain itu, garis bumbung dan bahagian sisi jentera ini mengimbas kepada rekaan digunakan pada kereta klasik Z.

Bahagian lampu belakang hadir dengan ciri lebih moden dan terkini mengikut peredaran masa tetapi mendapat inspirasi daripada 300ZX.

Bagi memastikan imej sporty, ia didatangkan sistem ekzos berkembar dan roda aloi 19 inci. Selain itu, terdapat juga komponen karbon fiber termasuk splitter hadapan, valance belakang dan skirt sisi.

Dari segi saiz, Z Proto berukuransepnajang 172.5 inci, memiliki kelebaran 72.8 inci dan panjang 51.6 inci.

Ruang kabin pula menampilkan ciri-ciri lebih moden berbanding bahagian luar yang mendapat sentuhan retro.

Model Z proto dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci dan sistem infotainmen moden.

Rekaan roda stereng deep fish, sentuhan warna kuning dan meter di bahagian pemuka turut melengkapkan jentera ini.

Nissan masih belum memperincikan spesifikasi mekanikal pada kereta sport Z generasi baharu ini.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan mengesahkan ia akan mendapat khidmat enjin V6 dan transmisi enam kelajuan.

“Z adalah lebih dari sekadar berkuasa dan tangkas. Ia direka bagi mewujudkan hubungan antara pemandu, bagi menjadikan kereta tersebut sebagai teman ‘menari’ dalam pengembaraan di jalan raya,” kata Ketua Pakar Produk Z Proto, Hiroshi Tamura. – carscoops.

GALERI

Google ads
Back to top button