Buletin

MUSTANG MERAH BIKIN ‘DONUT’ LANGGAR TIANG LAMPU. KALAU TAK CUKUP POWER NI LAH AKIBATNYA

Seorang pemandu jentera Mustang berwarna merah yang melakukan aksi ‘donut’ melanggar tiang lampu konkrit di kawasan parkir.

Rakaman video dimuatnaik di laman Facebook oleh salah seorang pemilik Mustang, Brandon Calderon berkata dia sedang mengambil gambar jenteranya yang berwarna perak berdekatan kawasan parkir sebelum insiden terbabit berlaku.

Katanya, ketika dia bersama teman wanitanya ingin merakam gambar, sebuah jentera Mustang GT melakukan aksi donut di kawasan berkenaan.

Ia kelihatan seperti pemandu mengendali dengan baik Mustang dengan melakukan aksi donut di parkir lapang itu.

Begitupun, kemungkinan besar pemandu memiliki lebih kemahiran tinggi sehingga melanggar tiang lampu konkrit.

Melalui rakaman berkenaan, Mustang merah tersebut mengalami kerosakan agak teruk di bahagian hadapan dengan bampa remuk dan hud bengkok.

“Inilah sebabnya mengapa Mustang mendapat reputasi buruk,” tulis Calderon. – carscoops

Google ads
Back to top button