Buletin

TEASER NISSAN Z PROTO PENGGANTI 370Z. KUASA 400 HP?

Pengeluar jentera dari Jepun, Nissan mengumumkan bakal memperkenalkan model terbaharu pengganti kereta sports Z pada 15 September ini.

Model dikenali sebagai Nissan Z Proto itu mula dipertontonkan melalui video teaser terbaharu yang akan menjadi pengganti 370Z.

Dalam video teaser berlatarbelakangkan lagu seperti filem Transformers, ia menyampaikan mesej Nissan mengembalikan kekuatan Z dengan kemunculan Nissan Z Proto baharu.

“Kami telah menggabungkan 50 tahun semangat dan warisan teknologi moden merancang generasi baharu kereta sports Z,” kata kenyataan dalam video itu.

Difahamkan, jentera terbaharu Z Proto dibangunkan menggunakan rekaan model 370Z dengan penambahbaikan sejajar perkembangan moden hari ini.

Nissan Z Proto dikatakan bakal mendapat khidmat enjin 3.0 liter V6 yang mampu menjana 400 hp menggunakan sumber daripada Infiniti Q50 dan Q60 Red Sport 400.

Khabar angin turut mengatakan Nissan menawarkan transmisi manual enam kelajuan atau automatic sembian kelajuan. – carscoops.

Google ads
Back to top button