Artikel Pilihan

HYUNDAI i20 R5 – KERETA LUMBA MESRA BAJET KOREA YANG HANDAL

Tidak dapat dinafikan, sebenarnya melibatkan diri dalam pembinaan jentera lumba juga boleh dijadikan sebagai alat pemasaran yang bagus, andai benar caranya. Caranya adalah, kau bina jentera lumba R5 setara laju dengan ERL, kemudian pergi jual jentera tersebut seberapa banyak yang mungkin berserta dengan model produksi massa. 

BACA : MITSUBISHI MIRAGE R5: SI COMEL JELMAAN LAGENDA EVO

BACA : POLO GTI R5 BAHARU – SEDIA UNTUK PENGHANTARAN PERTAMA

Dan Hyundai, selaku pembuat kereta handalan Korea tidak mahu ketinggalan dalam hal ini. Walau pun sudah mempunyai jentera i20 WRC, tetapi mereka masih mahu menyediakan jentera R5 juga.

Barangkali, alang-alang dah sediakan sebuah jentera WRC, apa salahnya sediakan pula versi R5 pula, iya tak? Jentera ini telah dibina oleh Jabatan Perlumbaan Pelanggan (Customer Racing Department) yang berpangkalan di German.

Sebagai memenuhi peraturan yang telah ditetapkan FIA bagi kategori R5, i20 ini dibekalkan dengan enjin 1.6 liter berkuasa turbo. Dipasangkan pula dengan air restrictor bersaiz 32mm berserta kotak gear lima kelajuan berjujuk. Berat jentera ini pula hanya 1230kg.

Mula diuji dalam perlumbaan sebenar pada Januari 2016 di Rali Perancis Rally de Corsa, jentera ini kelihatan sangat kompetetif berbanding pesaing lain yang telah lama beraksi dalam kategori R5. Dan jentera ini turut mampu muncul juara WRC2 di Rali Wales 2016.

Maka tidak hairanlah jentera ini menjadi idaman buat pasukan yang bertanding. Serata Eropah jugalah jentera ini telah ditempah.

Seperti yang pernah Brader Karrager maklumkan dalam artikel sebelum-sebelum ini, pasaran kereta lumba ini sebetulnya ada walaupun kecil. Jentera lumba sebegini banyak digunakan dalam persaingan rali peringkat kebangsaan dan juga serantau. Setakat saing dalam WRC2 apalah sangat kan.

“Alah, modal besar nak bina jentera ni Brader..,tak laku nanti tak balik modal” tegur Abu yang kelihatannya sangat penuh dengan ilmu pengetahuan tentang dunia automotif sambil mulut penuh dengan karipap inti bawang perisa sardin.

“Kau nak untung seribu, tapi modal seringgit tu meniaga jenis P*lac*r tahu tak!”, balas Brader Karrager sambil berlalu pergi.

Spesifikasi Hyundai i20 R5

 

Engine 1.6 Turbo with direct injection, FIA regulated 32mm restrictor
Electronics Magneti Marelli ECU and power management systems
Bodyshell Hyundai Motorsport designed bespoke rollcage as per FIA R5 regulations
Transmission Ricardo 5 Speed Sequential Gearbox and Differential units
Suspension Front and Rear MacPherson struts with external reservoir dampers, three way adjustable
Interior Sabelt FIA 8862 competition seats and 6 point HANS compatible harnesses
Fuel System FIA FT3 specification
Wheels Lightweight alloy wheels Gravel 7×15’’, Tarmac 8×18’’, Snow 5,5×16’’* (*where permitted)
Brakes Brembo 4 piston calipers, vented discs, hydraulic handbrake, Winmax brake pads

 

Google ads

B K

Back to top button