
SEGALANYA TENTANG SUBARU IMPREZA 22B STi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan mengupas tentang perihal sebuah jentera JDM yang sangat Rare, sangat Mahal dan mempunyai reputasi ulung sehinggakan namanya masih disebut-sebut ketika ini.
Jentera tersebut bernama Subaru Impreza 22B STi.
Mungkin ada yang pernah dengar tentang jentera ini. Mungkin ada juga yang tak pernah mendengar tentang cerita lagenda ini. Mari sama sama kita selusuri.
Jentera ini lahir pada tahun 1998. Ia menggunakan asas jentera impreza generasi pertama dengan Kod GC8E. Jentera ini hanya diproduksikan bermula Mac 1998 sehingga Ogos 1998.
Produksi jentera ini adalah sebanyak 400 unit untuk pasaran Jepun, 16 unit untuk pasaran UK dan 5 unit untuk pasaran Australia. Secara total 424 unit dproduksikan untuk pasaran dunia. Pihak Subaru juga menghasilkan 3 unit prototaip dengan kod 000/400. Yang ni tak dipasarkan.
16 unit yang diproduksikan ke UK dimodifikasi oleh pihak Prodrive dengan memasukkan lampu yang menepati spesifikasi jalanraya di UK dan nisbah gear dimodifikasi menjadi lebih panjang.
Rare bukan ? 424 unit sahaja.
Apa yang membuatkan jentera ini lain daripada GC8 yang lain ? Kenapa 424 unit sahaja ?
Hal ini disebabkan jentera ini merupakan keluaran khas dari pihak Subaru bersama STi sempena ulangtahun ke-40 Subaru dan juga sebagai memperingati kejayaan Subaru memenangi FIA World Rally Championship bagi kategori pengeluar 3 tahun berturut-turut pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Terima kasih kepada Collin McRae.
Sekarang kita pergi kepada enjin.
Jentera ini menggunakan enjin bersesaran 2,212cc (2.2L) dengan kod EJ22G. GC8E “hanya” menggunakan enjin berkod EJ20 yang bersesaran 2.0L. Padahal EJ20 dah cukup legend, inikan lagi EJ22G.
Apa yang menarik ialah enjin EJ22G ini menggunakan “Closed Deck Block” bertujuan untuk menampung kuasa yang sangat kuat tanpa keraguan. Nilai Bore x Stroke adalah 96.9mm x 75mm.
Unit Piston yang digunakan adalah dari jenis “Forged” yang sememangnya mampu menampung tekanan yang tinggi tanpa bobos. Di antara kepala silinder dan blok, terdapat “Head Gasket” yang dibuat daripada besi. Tak payah risau masalah Gasket putus. Unit injap pula dibuat dengan campuran sodium bagi menampung haba yang tinggi tanpa gagal.
Nisbah mampatan enjin ini berkadaran pada 8.0:1. Turbo yang digunakan adalah IHI RHF 5HB. Talaan dibuat sendiri oleh pihak STi.
Kuasa ?
276hp pada 6,000rpm dan daya kilas sebanyak 363Nm pada 3,200rpm.
Bullshit.
Angka sebenar jauh lagi tinggi dari ni. 1998 Tuan-Tuan. Ada Gentleman Agreement dimana pengeluar boleh meletakkan kuasa maksimum pada iklan hanya 276hp (280ps).
Tuan-Tuan,
Jentera ini mampu memecut dari 0-60mph hanya pada kadar 3.9 saat sahaja. Saing-saing dia masa ni bukanlah kereta JDM, akan tetapi Porsche, Ferrari, Jaguar dan juga McLaren.
Memanglah ia tidak selaju jenama-jenama tersebut. Tetapi jentera ini masuk dalam keluarga “3 Saat” (3 Second). Ini tahun 1998 Tuan-Tuan. Bukan zaman sekarang.
Pihak barat mengatakan bahawa pecutan 0-60mph jentera ini pada kadar 4.7 saat. Terdapat beberapa kenyataan berbeza tentang catatan masa. Namun, kita ambil kenyataan daripada Australia di mana mereka menguji jentera ini dan dapat 3.9 saat tersebut.
Seterusnya, kuasa yang hebat ini dihantar ke unit klac dwi plat (Twin Plate Clutch) dengan “Ceramic Disc”. Mestilah kena pakai “Twin Plate”. Kalis slip.
Seterusnya, kuasa dihantar ke kotak gear 5-kelajuan “Closed Ratio”. Nisbah gear adalah seperti berikut :-
Gear 1 – 3.083
Gear 2 – 2.062
Gear 3 – 1.545
Gear 4 – 1.151
Gear 5 – 0.825
Final Drive – 3.416
Kuasa yang telah melalui kotak gear seterusnya dihantar ke empat-empat tayar melalui sistem DCCD (Driver Controlled Center Differential) iaitu sistem elektromagnetik yang berfungsi untuk mengunci unit “Differential”.
Dah laju, mestilah kena dapat brek yang baik untuk berhenti. Jentera ini menerima sistem brek 4-Pot Caliper beserta cakera brek bersaiz 320mm pada brek hadapan dan 2-Pot Caliper beserta cakera brek bersaiz 266mm pada brek belakang. Semestinya jentera ini mampu berhenti dengan cemerlang.
Suspensi jentera ini menggunakan jenis topang McPherson bagi bahagian hadapan dan Multilink pada bahagian belakang. Apa yang lain dengan jentera GC8 yang lain adalah jentera ini menggunakan penyerap hentak dan spring daripada Bilstein. Bukan biasa-biasa. Bilstein Tuan-Tuan.
Selain itu, unit “Lower Control Arm” jentera ini diperbuat daripada “Forged Alumunium” bertujuan untuk pengurangan berat disamping mengekalkan kualiti material di tahap terbaik.
Komponen-komponen suspensi yang lain pula disambung melalui kaedah “Rose-Jointed”. “Metal to Metal” Mat Saleh panggil. Penggunaan “Bushing” pada sistem suspensi jentera ini adalah minima.
Sekarang kita pergi pada rim dan tayar. Jentera ini menerima set rim daripada BBS bersaiz 17 inci dan diselaputi oleh tayar Pirelli P Zero bersaiz 235/40R17.
Orang gila je yang beli 22B ni lepastu tukar rim.
Seterusnya adalah “Trademark” Subaru itu sendiri iaitu “Spoiler”. Spoiler belakang jentera ini boleh dikatakan agak tinggi dan ianya boleh laras ! Pelarasan boleh dilakukan mengikut citarasa jurutera bagi mendapatkan fungsi aerodinamik yang terbaik. Bukan main set je, kena buat kira-kira. Kalau tak tahu kira, pakai je lah stok kilang punya. Dah cukup baik dah tu.
Bahagian dalaman saya taknak komen banyak-banyak. Tipikal jentera JDM 90-an. Agak simple dan tidak merimaskan. Tiada meter pelik-pelik di atas papan pemuka. Hanya ciri asas seperti unit kawalan penghawa dingin, radio, “Cigarette Lighter”. Itu je lah.
Jadi Tuan-Tuan. Selesai sudah huraian saya tentang spesifikasi jentera ini. Untuk pengetahuan, jentera ini merupakan jentera “Flagship” Subaru yang meletakkan nama Subaru dan juga STi di persada dunia.
Harga ?
Ada duit pun belum tentu boleh dapat. Pada tahun 2017 satu daripada unit prototaip 0/400 dijual pada harga RM918,000. Sekarang ada satu unit prototaip lagi untuk dijual. Hanya 55km sahaja terpampang di odometer. 55km ye Tuan-Tuan, bukan 55,000km. Harga anggaran adalah sekitar RM2 juta. Itupun jika tiada Mat Saleh gila yang bid.
Pihak Subaru pula sinis menyatakan “If you ask how much, means you can’t afford it”.
Ketika dilancarkan di Jepun, kesemua 400 unit jentera ini telah habis dijual hanya 2 hari. Tak payah simpan stok lama-lama. 2 hari je Tuan-Tuan. Pergi hari ketiga tinggal Salesman je kat Showroom, kereta dah takde. Hahaha.
Jadi inilah dia Tuan-Tuan. Sebuah Lagenda. Subaru Impreza 22B STi.
Terima Kasih Subaru !
GALERI