,
Buletin

PAKAI ROLLS ROYCE DAN TINGGAL DI RUMAH SETINGGAN – SI KAYA LICIK

Orang-orang kaya ada beribu cara untuk mengelak dari membayar cukai terhadap pihak kerajaan. Ada sahaja cara yang difikirkan untuk melarikan diri dari membayar sebahagian pendapatan mereka.

Di Jakarta, taktik terbaru ialah mereka menggunakan nama orang lain untuk membeli kenderaan mewah. Terbaru, satu kes dilaporkan oleh akhbar detik.com di mana seorang pemilik Rolls Royce tertangkap apabila ia menggunakan nama orang lain.

Lebih menarik, nama pemilik tersebut ialah seorang pemuda yang tinggal di kawasan setinggan di pinggir Jakarta.

Badan Pajak dan Distribusi Daerah (BPRD) Jakarta melakukan operasi tapisan dan siasatan terhadap pembayar cukai. Dalam satu saringan pemilik kenderaan, mereka mencurigai alamat seorang pemilik kereta Rolls Royce Phantom bernama Dimas Agung Prayitno.

RR Phantom dengan nombor pendaftaran B 5 ARI itu didaftarkan di alamat Mangga Besar. BPRD kemudiannya melakukan siasatan terhadap alamat tersebut namun apa yang ditemui ialah kawasan perumahan setinggan yang sesak, dihuni warga miskin kota.

Ketika sampai ke alamat tersebut, ternyata ia sengaja didaftarkan atas nama pemilik di situ dengan harapan dapat melarikan dari dari petugas cukai.

Dimas, seorang pekerja biasa terkejut ketika disoalsiasat dan mengakui sama sekali tidak tahu tentang kenderaan tersebut. Beliau bagaimanapun mengakui kad pengenalannya pernah dipinjam oleh rakannya untuk tujuan permohonan pinjaman motosikal.

“Saya terkejut bila jadi begini. Kawan saya di tempat kerja minta KTP (Kartu Tanda Penduduk), katanya untuk beli motor. Saya percaya sahaja”, ujar Dimas.

“Saya ada menerima surat tuntutan cukai beberapa minggu lalu tapi tak faham kandungannya, ada disebut tentang kereta, tapi saya tiada kereta dan tak faham kenapa surat tersebut dihantar,” ujarnya lagi.

BPRD sendiri mengakui bahawa ia merupakan salah satu “scam” yang sering dilakukan oleh orang-orang kaya untuk mengelakkan dari didatangani pentadbir cukai.

kredit foto. detik.com

“Memang data kenderaan selalunya berakhir dengan penipuan begini. Data dan alamat tidak selari dan ia sebahagian daripada taktik pembeli kereta mewah melarikan diri dari kami,” iujar setiausaha BPRD DKI Jakarta Wilayah Jakarta Barat, Pilar Hendrani.

KREDIT: DETIK.OTO

Google ads
Back to top button