Motosikal

ESPARGARO TERKEJUT CHASIS BAHARU KTM MAMPU CATAT MASA HAMPIR SAMA MACAM MARQUEZ

Pelumba pasukan factory KTM, Pol Espargaro mengakui bahawa dia terkejut kerana mampu menyamai catatan masa terbaik juara dunia, Marc Marquez hanya selepas tiga pusingan menggunakan chasis baharu jentera KTM pada sesi ujian pra musim 2020 di litar Valencia, minggu lalu.

Espargaro dikatakan mencuba chasis baharu KTM itu dan berjaya berada di tempat kelapan dan dia masih mempunyai beberapa spesifikasi yang belum diuji.

Pelumba kelahiran Sepanyol tersebut pada awalnya terjatuh apabila menggunakan chasis baharu buat pertama kalinya pada hari kedua ujian, sebelum bertukar kepada kerangka baharu KTM yang radikal itu.

Hasilnya, dia mampu mencatat masa kedua terbaik pada pusingan ketiga, hanya beberapa saat di belakang masa Marquez. Namun, Espargaro kembali turun ke kedudukan kelapan apabila sesi ujian tamat dan gagal memperbaiki masanya sekali lagi.

Namun, dia memang terkejut kerana dapat hampir menyamai catatan masa Marquez dalam tempoh yang cukup singkat.

“Pagi ini sata bermula dengan chasis sama seperti semalam yang berwarna oren. Kemudian saya jauh kerana buat sedikit kesilapan. Kami ada sedikit masalah dengan jentera, tetapi Brad Binder pun jatuh juga.

“Selepas itu saya guna chasis baharu kerana saya tidak ada jentera lain lagi. Ia mempunyai kompaun keras pada bahagian belakang, saya terkejut kerana boleh catat masa 30.06 saat pada pusingan ketiga.

“Jika ikutkan masa, kami memang laju dan berada di tempat kedua dengan masa tak jauh beza dengan Marquez.

“Saya mula mendapat rentak. Saya boleh kata chasis baharu ini lebih baik dari segi cengkaman dan ketika mengambil selekoh,” jelas Espargaro.  

Google ads
Back to top button