
MBS2026: SYM HUSKY 200 2026 LANCAR DI MALAYSIA – RM10,998
SYM memperkembang tawaran skuter di Malaysia dengan pelancaran SYM Husky 200 baharu ketika di Malaysia Bike Show (MBS) 2026.
Skuter adventure bawah 200cc itu boleh didapati dengan harga jualan RM10,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Untuk rekod, Husky 200 ini merupakan naik taraf dari Husky 150 yang merupakan model popular jenama itu disini.

Terdapat dua naik taraf terbesar pada Husky 200 antaranya enjin yang kini berkapasiti 175cc dan mampu menjana 16hp pada 8,000rpm dan 15.6Nm pada 7,000rpm. Sekadar perbandingan, Husky 150 menghasilkan 14.5hp dan 14.5Nm.
Menariknya, meskipun menawarkan enjin yang lebih besar berbanding Husky 150 namun model baharu ini menawarkan berat (kering) 1kg lebih ringan dengan 152kg.
Bagaimanapun, SYM masih mengekalkan tangki bahan api berkapasiti 15L pada model Husky 200 ini.

Sementara itu, Husky 200 ini juga dinaik taraf dengan skrin TFT 5-inci menggantikan meter digital LCD pada model 150. Skrin TFT ini juga menawarkan paparan Siang dan Malam yang akan bertukar secara automatik mengikut keadaan cuaca.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk fork teleskopik di hadapn dan monoshock di belakang, rim 13-inci depan dan belakang, cakera brek 260mm depan dan 230mm belakang. Skuter ini juga menawarkan slot pengecas USB Type-A.
GALERI: SYM HUSKY 200



















