Motosikal

MASALAH YAMAHA LEBIH KURANG SAMA SEPERTI TAHUN SEBELUMNYA – ROSSI

Selepas perlumbaan di Qatar, Valentino Rossi menyuarakan kebimbangan kerana peningkatan terhadap jentera Yamaha dirasakan agak minima dan masalah cengkaman tayar belakang yang berlaku pada musim lalu masih lagi berulang.

Pelumba Monster Yamaha itu menduduki tempat ke-14 pada grid permulaan sebelum melonjak ke tempat kelima berikutan masalah yang dihadapi sewaktu sesi ujian. Sebelum ini Rossi menyatakan masalah tersebut hampir berjaya diselesaikan tetapi terbukti ia masih bermasalah sehingga menyebabkan beliau gagal menaiki podium.

Paling membimbangkan Rossi ialah kekurangan cengkaman pada tayar belakang baik dari segi mekanikal mahupun elektrikal. Ia membantutkan usaha beliau untuk memburu kejuaraan. Rossi juga percaya peningkatan Yamaha setelah selesai sesi ujian musim sejuk adalah terlalu minima berbanding dengan jentera lawan.

Tapi menurut Rossi ia masih lagi satu perlumbaan yang baik kerana beliau berjaya bangkit dari kelompok belakang sebelum berjaya merebut kedudukan tempat kelima. Tapi walaupun dengan masalah yang sama seperti tahun sebelumnya Rossi masih berjaya mendapat tempat kelima dengan ketinggalan 0.6 saat kepada Dovizioso yang menjadi juara kali ini.

Tapi ia bukannya sesuatu yang mengkagumkan sangat kerana Yamaha mempunyai rekod yang baik di sini. Litar lain belum tentu lagi kan? Tahun lepas Rossi mendapat tempat ketiga di Qatar tetapi dengan perbezaan masa 0.797 saat kepada Dovizioso yang menjadi juara.

Rossi turut menyatakan yang pasukan lain adalah jauh lebih meningkat berbanding Yamaha. Walaupun ia perlumbaan yang baik tetapi jentera Yamaha Rossi adalah ketinggalan jika dibandingkan dengan Ducati, Honda dan Suzuki. Malah Rossi sendiri berada di belakang pelumba Suzuki iaitu Alex Rins. Seorang lagi pelumba Suzuki, Joan Mir berada di tangga kelapan perlumbaan.

Tags
Google ads
Back to top button