Artikel PilihanMotosikal

INI SEBABNYA SUZUKI PROTES KEMENANGAN DUCATI DI QATAR

Nampaknya drama kemenangan pasukan Ducati di MotoGP Qatar masih belum berakhir. Ketika ramai orang berpendapat tiada sebab kukuh untuk keempat-empat pasukan (Suzuki, Honda, KTM dan Aprilia) mempunyai alasan yang uat untuk membantah pemasangan alatan tambahan di bahagian bawah lengan ayun jentera pasukan Ducati.

Namun penjelasan terus diberikan kenapa bantahan itu dibuat. Menurut pasukan yang bertanding, pada 2 Mac yang lalu, dokumen terkini telah dihantar kepada FIM memberitahu bahawa sebarang pemasangan alat tambahan yang TIDAK melibatkan aerodinamik adalah dibenarkan.

Pengurus Ducati, Paolo Ciabatti Ducati tetap menegaskan bahawa “spoiler” di bahagian bawah tersebut berfungsi sebagai alat untuk “menyejukkan” tayar belakang.

Namun yang demikian, boss Suzuki tidak bersetuju. Davide Brivio berpandangan bahawa pemasangan alat tersebut “telah mencabuli asas peraturan perlumbaan”

Brivio juga mengesahkan beliau telah bercakap dengan pasukan Ducati SEBELUM perlumbaan. Beliau memberitahu bahawa mereka akan memfailkan protes sekiranya Ducati terus menggunakan bahagian tersebut ketika perlumbaan.

“Tahun lalu, semua pengeluar yang bertanding telah berbincang berkenaan aerodinamik dan kami bersetuju tentang beberapa peraturan untuk menghadkan penggunaannya. Ia untuk mengawal perbelanjaan R&D bagi bahagian aerodinamik,” ujar Brivio.

“Keputusan tersebut, telah digazetkan sebagai peraturan yang mana setiap pasukan mesti menghantar satu set contoh homolagasi peralatan aerodinamik sebelum bermulanya kejohanan. Dan hanya satu kemaskini boleh dibuat di sepanjang musim. Ia jelas memberitahu bahawa bahagian lain motosikal mesti TIDAK mempunyai fungsi aerodinamik, lebih-lebih lagi yang merujuk kepada fungsi downforce”

“Beberapa minggu lalu, Ducati menghantar lampiran contoh lengan ayun belakang dan penutup roda depan, memberitahu bahawa ia bertujuan untuk menyejukkan tayar.

“Pengarah Teknikal menerima dan meluluskan penambahan ini dan mengeluarkan garis panduan baru (pada 2 Mac dan 5 Mac).

“Bagaimanapun, jurutera yang bekerja dengan keempat-empat pasukan (Suzuki, Aprilia, Honda dan KTM) percaya lampiran tersebut mempunyai kesan aerodinamik yang membantu aspek downforce, seterusnya melanggar peraturan asas yang telah dipersetujui,” tambah Brivio lagi.

“Kami berjumpa dengan Pengarah Teknikal dan meminta penjelasan, tetapi tak berpuashati dengan jawapan yang diberikan. Malah kami juga bercakap terus dengan Ducati memberitahu ketidakpuasan hati dan memberitahu kami akan memfailkan protes sekiranya ia masih digunakan dalam perlumbaan.

kredit Foto: Simon Patterson

“Tapi nampaknya tiada siapa yang hiraukan. Kami protes untuk mendapatkan penjelasan terperinci untuk semua.”

“Ia dilakukan untuk dapatkan penjelasan mengenai peraturan ini untuk masa hadapan. Ia bagi mendapatkan pemahaman yang konklusif samada pembangunan di bahagian ini masih terbuka pada pasukan lain.

Seperti yang dijelaskan oleh Brivio “Sekarang, kami berharap dapat penjelasan yang betul dari FIM, dari sudut teknikal dan juga dari sudut penguatkuasaan.

“Dengan memfailkan protes ini, kami mendesak mereka untuk menilai, menghakimi dan memperincikan asas undang-undang, peraturan dan garis panduan. Ia untuk memperjelaskan apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh.

“Kami telah membuat rayuan bagi membantah keputusan FIM yang dibuat oleh Steward Panel dan mereka telah merujuknya ke peringkat lain, Mahkamah Rayuan MOtoGP.

Google ads
Back to top button