Buletin

JAECOO MULA HANTAR J7 PHEV KE PENGEDAR SELURUH NEGARA

JAECOO Malaysia kini secara rasmi telah memulakan penghantaran SUV premium hibrid plug-in (PHEV) J7 ke pusat jualan di seluruh negara.

Hanya tiga minggu selepas pelancarannya, JAECOO berjaya menepati janji untuk menghantar kumpulan pertama J7 PHEV dalam suku pertama tahun ini, selaras dengan jadual yang telah ditetapkan.

Dengan harga menarik RM158,800, J7 PHEV Premium SUV (2WD) hadir dengan jaminan kenderaan selama tujuh tahun atau sehingga 150,000km, serta jaminan lapan tahun atau 160,000km untuk bateri, motor elektrik dan unit pengawal motor elektrik.

Lebih menarik, sekiranya tahap kesihatan bateri (SOH) jatuh di bawah 70 peratus dalam tempoh jaminan, pemilik layak menerima penggantian satu-ke-satu bagi bateri tersebut.

SUV hibrid ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Khaki White, Carbon Crystal Black dan Moonlight Silver.

Khaki White akan menjadi edisi terhad dengan hanya 100 unit ditawarkan di Malaysia sebelum warna baharu, Olive Grey diperkenalkan.

Dibina untuk prestasi unggul dengan kecekapan bahan api lebih baik, aliran kuasa lancar antara enjin dan motor elektrik, serta jarak perjalanan lebih jauh, JAECOO Malaysia yakin J7 PHEV akan menjadi pencetus revolusi dalam segmen kenderaan hibrid di negara ini.

Orang ramai boleh meneroka teknologi PHEV JAECOO dengan lebih dekat di acara jelajah JAECOO yang akan berlangsung di 1Utama Shopping Centre (GF Luxe) dari 27 hingga 30 Mac 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial rasmi JAECOO Malaysia.

Google ads
Back to top button