Artikel PilihanBuletin

PANDU UJI TRITON MINGGU INI BERSAMA JUARA DAKAR HOROSHI MASUOKA!

Nak rasa memandu gaya Rali Dakar?. Tak perlu terbang sampai Dakar, Kat Malaysia pun ada.

Hujung minggu ni, Mitsubishi Malaysia ada buat program khas uji pandu yang dinamakan Mitsubishi 4Sure Thrill yang akan menampilkan juara dua kali Rali Dakar Hiroshi Masuoka dari Jepun dan ikon motorsport comel tempatan Leona Chin.

Acara ni akan diadakan selama dua hari pada 9 dan 10 Mac (Sabtu-Ahad) di kawasan letak kereta terbuka Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Masuoka San dan Leona Chin akan membawa anda rasa pengalaman rali dengan menggunakan model Triton terbaru yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas.

Kenapa Rali Dakar?

Sebab di sinilah bukti kehebatan Mitsubishi yang telah menang sebanyak 12 kali. Hiroshi Masuoka pula merupakan pemandu Jepun kedua dalam sejarah yang memenangi perlumbaan paling sukar ini pada tahun 2002 dan 2003 menerusi kenderaan Pajero/Montero.

Dapat Apa lagi?

  • Kepada 1000 pembeli pertama Triton akan menerima beg edisi khas eksklusif Thule Subterra yang bernilai RM2,000.
  • Dapat baucar kad petrol RM30 untuk 30 tempahan pertama Triton.
  • Dapat payung Ralliart pada sesiapa yang tempah mana-mana model Mitsubishi dalam acara ni.
  • Percuma kopi Starbucks untuk 100 peserta yang menamatkan tiga ujian pemanduan (ujian kelajuan, ujian halangan dan ujian off-road)
  • Pemenang pertandingan video/photo 4Sure Thrill akan menerima kad petrol bernilai RM800, Touch n Go RM500 dan baucar Tesco RM300.
  • Cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM5,000!


Tags
Google ads
Back to top button