Buletin

TEMPAHAN LEBIH 20,000 X70. PROTON PECAH REKOD JUALAN

PROTON terus mencatatkan permulaan yang cemerlang bagi 2019 dengan pendaftaran jualan bagi Februari 2019 sebanyak 5,283 unit. Jumlah tersebut mewakili anggaran pegangan pasaran sebanyak 12.7% iaitu peningkatan sebanyak 3% berbanding bulan yang sama pada 2018.

Keseluruhan jualan meningkat berbanding pesaing yang lain. Bulan Februari merupakan bulan yang pendek dan tempoh penjualan kereta di Malaysia pada bulan ini adalah singkat, dan disebabkan Tahun Baru Cina, majoriti jenama automotif menjangkakan bulan yang perlahan.

Walau bagaimanapun, PROTON memecahkan trend tersebut melalui jualannya yang meningkat sebanyak 37% berbanding 2018. Oleh itu, bagi dua bulan pertama 2019, jualan telah meningkat sebanyak 42% berbanding 2018.

Dari pencapaian itu, PROTON mendahului pesaing-pesaingnya yang lain dalam peningkatan jualan untuk dua bulan berturut-turut, dengan selesanya mengukuhkan kedudukan sebagai jenama automotif ketiga yang menjadi pilihan di Malaysia dan melihat peluang untuk kembali ke tempat kedua menjelang akhir tahun ini.

Proton X70 mengekalkan posisi sebagai SUV paling laris di Malaysia. Pendaftaran bagi model Proton X70 terus melonjak kerana lebih banyak unit model tersebut telah tiba di Malaysia.

Sebanyak 2,823 unit telah didaftarkan pada Februari termasuklah 1,000 unit yang telah diserahkan secara serentak kepada pelanggan di seluruh negara sebelum Tahun Baru Cina yang lalu.

Sehingga akhir bulan Februari, lebih 20,000 tempahan telah diterima untuk SUV pertama PROTON, melebihi jangkaan dan menjadikan Proton sebagai pemimpin segmen ini meskipun baru menerokai pasaran ini.

“Proton X70 sedang berusaha menarik minat dan sokongan padu dari pembeli-pembeli SUV di Malaysia. Kami sangat berterima kasih di atas jumlah tempahan yang diterima dan bekerja keras untuk mendapatkan seberapa banyak unit untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pelanggan secepat mungkin,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Setelah menyerahkan sebanyak 6,927 unit Proton X70 sejak model itu dilancarkan pada 12 Disember 2018, PROTON telah mencatatkan rekod baharu bagi pendaftaran model tersebut dalam tempoh tiga bulan pertama
selepas pelancarannya.

“PROTON berbangga dengan pencapaian rekod baharu untuk pendaftaran SUV itu dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancarannya. Angka tersebut lebih bermakna apabila sebenarnya jumlah itu dicapai dalam tempoh dua perayaan (Krismas dan Tahun Baru Cina) dan merangkumi dalam masa hanya 78 hari.

Sasaran kami seterusnya adalah memenuhi jumlah pendaftaran enam bulan dan sepanjang tahun dan kami yakin ianya dapat dicapai,” tambah Dr Li Chunrong.

Google ads
Back to top button